..

..

KJ BERI 100 % KOMITMEN DEMI MALAYSIA #BangkitBersama #KL2017

on Friday, August 25, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Temasya Sukan Sea 2017 semakin rancak dipertandingkan sejak pembukaan gilang gemilang bertaraf dunia pada 19 Ogos 2017 yang lalu.Rata-rata warga Malaysia dan negara-negara terlibat terus memberikan tumpuan terhadap kontinjen dari negara masing-masing memandangkan banyak acara sudah pun bermula dan sudah tentunya keputusan-keputusan bagi tiap acara itu menjadi begitu penting kerana disinilah lahirnya rasa bangga terhadap negara masing-masing.




Malaysia sebagai tuan rumah juga tidak ketinggalan , dengan misi untuk mencipta kejayaan muncul juara keseluruhan sudah tentulah ianya memerlukan sokongan semua pihak kerana misi Malaysia pada Sukan Sea 2017 bukan sahaja terletak pada perjuangan seluruh para atlet dan pasukan tetapi juga kemenangan mutlak itu bakal menjadi resipi terbaik dalam membangkitkan semangat patriotik dan cinta terhadap negara khususnya dengan kehadiran Hari Kemerdekaan Negara Malaysia pada 31 Ogos 2017.



Bagi merealisasikan misi tersebut sudah pastilah komitmen dari setiap yang terlibat haruslah melebihi tahap 100% dan Malaysia beruntung kerana memiliki seorang Menteri Belia dan Sukan , YB Khairy Jamaluddin yang sejak hari pertama lagi sudah pun menunjukkan kemampuan luar biasa bukan sahaja sebagai seorang Menteri tetapi juga terlibat secara langsung dalam Sukan Sea 2017.



Bukan sesuatu yang mudah sebenarnya apabila terlibat sebagai seorang Menteri yang bertanggungjawab terhadap seluruh penganjuran temasya paling berprestij ini dan dalam masa yang sama turut mewakili Malaysia dalam pasukan Polo negara.

Selain daripada itu kelibat Menteri Belia dan Sukan Malaysia ini boleh di lihat di mana-mana gelangang pertandingan apabila beliau turun ke bawah bertemu para atlet malah turut bertindak sebagai penyokong pasukan-pasukan Malaysia yang bertanding.



Semangat yang ditunjukkan oleh Khairy ini bukan sahaja mendapat perhatian banyak pihak tetapi juga telah menjadi satu inspirasi kepada seluruh para atlet negara yang bertanding untuk terus berusaha demi Malaysia.

Hasilnya sehingga ke saat ini Malaysia terus mendahului negara-negara lain dengan 63 pingat emas , 45 perak dan 38  gangsa seterusnya meletakkan keseluruhan pingat yang berjaya dipungut oleh Malaysia setakat ini berjumlah 100 pingat.

Tanpa kita menafikan beberapa isu yang timbul sepanjang penganjuran Sukan Sea 2017 kali ini , pujian harus diberikan kepada Khairy dan seluruh pasukan penganjuran kerana bertindak pantas menangani semua perkara yang timbul.

Sikap profesional yang ditunjukkan bukan sahaja mampu menyelesaikan tetapi meredakan keadaan seterusnya mengambalikan fokus seluruh warga Malaysia dan para atlet ke medan perjuangan yang masih berbaki 7 hari lagi.

Lebih menarik dengan kesungguhan para atlet Malaysia berjuang dalam acara masing-masing , kejayaan yang diraih bukan sahaja mengembirakan seluruh warga Malaysia tetapi turut sama membangkitkan semangat patriotik rakyat Malaysia khususnya para netizen yang sentiasa memberikan sokongan.

Kepada seluruh kontijen Malaysia , teruskan perjuangan ini kerana Malaysia sentiasa bersama anda dan kepada YB Khairy Jamaluddin , Menteri Belia dan Sukan Malaysia

 "You did it well sir , keep it up ! Go Malaysia !

#BangkitBersama #KitaJuara2017 #KL2017


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Mendapat perhatian ke mencari perhatian? Budak Oxford yang sanggup macai pun macai untuk PenyamuNajibugiSonglaPM01?

    Pertama this Oxford-tak Ada kelas pilih-diri-sendiri to be selected into the team.

    Kedua, bak kata Sultan Johor, dia masuk selepas keadaan pasti untuk menang dengan mendapat MAXIMUM EXPOSURE to the press so as to add to his political mileage....

    PM sekarang kaki rembat, budak Bangla nih, kaki sengat?

    Hmmmmm.....Malaysia-Kleptocrat di terajui Lanun-Bugis keparat!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.