..

..

KIT SIANG DIMALUKAN PKR , MAHU KERUSI GURUN , KULIM

on Tuesday, August 22, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



PKR malukan Lim Kit Siang

Lim Kit Siang dimalukan PKR apabila kenyataannya menuntut kerusi Gurun dan Kulim disanggah secara terbuka oleh Johari Abdul, ahli politik yang sangat junior berbanding diktator DAP itu.

DAP dan PKR saling berebut dua kerusi itu.  Pada PRU13, PKR gagal memenangi dua kerusi itu dengan kekalahan majoriti tipis. Johari berkata, kerusi kalah majoriti tipis perlu dikekalkan pada PKR kerana  parti itu tidak pernah menuntut kerusi daripada DAP di Johor.

Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata sanggahan terbuka Johari itu bukan saja menjejaskan kewibawaan Kit Siang sebagai ahli politik senior tetapi juga telah memalukan Ketua Pembangkang paling lama itu.

Apatah lagi, Tian Chua juga pernah menyanggah kenyataan Kit Siang yang menuntut dua kerusi itu daripada PKR.
 DAP dan PKR akan terus bergaduh menjelang PRU14 kerana berebut kerusi seperti berlaku di PRN Sarawak. Mereka akan saling menjatuhkan satu sama lain kerana tamak kuasa tanpa ada rasa hormat sesama mereka.

#PakatanProDAP #TolakPakatanPRU14


One Response

  1. Anonymous says:

    Kena bagi tu...nanti Pan marah.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.