..

..

KERAJAAN DAP TERLALU DUNGU SAMPAI KENA TIPU 2 KALI ?

on Thursday, August 3, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




BUKIT BENDERA – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abd Rahim mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Dap yang membayar tanpa usul periksa dalam isu pengiktirafan Europe Business Assembly (EBA) selama dua tahun berturut-turut iaitu 2013 dan 2014.

Soalnya lagi apakah kerajaan Dap Pulau Pinang terlalu dungu sehingga sanggup membayar jumlah wang yang banyak tanpa mengkaji dan memperhalusi terlebih dahulu anugerah tersebut?

Jelas beliau jumlah yang dibayar bukan sedikit dan mana mungkin Dap begitu ‘cuai’ sehingga melakukan kesilapan yang sama.

“Takkan Dap begitu mudah ditipu semata-mata untuk satu pengiktirafan. Jika beginilah sikap Dap, pasti ada lagi bayaran demi bayaran yang telah dibayar oleh Dap tanpa usul periksa, dibayar secara membabi buta dan akhirnya hanya sia-sia.

“Jadi, tidak hairanlah sekiranya Dap sanggup membayar kos kaji selidik terowong dasar laut tetapi akhirnya ia hanya satu pembaziran.

“Tetapi apabila melibatkan pengeluaran duit untuk membantu rakyat, ada sahaja alasan yang diberikan.” 

Tambah Rafizal, kerajaan negeri bukan sahaja harus memberi penjelasan berkaitan isu kerana ini adalah satu penipuan bagi memanipulasi rakyat.

“Ini adalah wang rakyat maka rakyat berhak untuk mengetahui mengapa seringkali wang mereka dibazirkan kepada perkara yang tidak berfaedah. Ini bukan pertama kali kerajaan negeri pimpinan Dap membuat percaturan salah sehingga menyalahguna wang rakyat.

“Sejak Dap mengambil alih tampuk pimpinan negeri daripada Barisan Nasional (BN) ada sahaja isu berkaitan salah laku penggunaan wang rakyat contohnya selain isu terowong dasar laut, projek mengecat laluan basikal juga pernah dipersoalkan namun sehingga kini tiada jawapan.

“Perkara ini amat mendukacitakan rakyat negeri ini oleh itu saya berharap agar rakyat negeri Pulau Pinang akan dapat berfikir dan menilai adakah layak untuk Dap terus diberi mandat pada pilihan raya akan datang,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, apabila isu pembelian anugerah ini terbongkar, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Maimunah Mohd Sharif, telah mengakui membayar yuran penyertaan bernilai RM39,088.10 bagi menerima anugerah dan pengiktirafan daripada EBA pada 2013 dan 2014.

Pada 2013, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (kini MBPP) dicalonkan bagi anugerah ‘The Best Cities’ dan ‘The Best Municipal Managers’, manakala Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), pada 2014 dicalonkan bagi anugerah ‘Best City’ dan ‘Best City Manager’ dengan yuran penyertaan masing-masing bernilai RM20,680 dan RM18,408.10


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.