..

..

HUTANG KERAJAAN NEGERI KURANG , PEMBOHONGAN MULA DISEBARKAN !

on Thursday, August 3, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Kerajaan DAP kalau bab bohong dan mengelirukan rakyat memang otak mereka  laju ..

Bila mereka canang konon Laporan Audit Negara menyatakan hutang kerajaan negeri berjaya dikurangkan hasil perbelanjaan berhemah adalah mengelirukan .

Sudah bayar lebih RM200 juta kepada syarikat kroni untuk laporan kajian terowong yang termahal dan masih belum siap  itu belanja berhemah ka???




Sebaliknya  pengurangan hutang disebabkan adalah hasil penstrukturan semula perjanjian air dengan kerajaan Persekutuan yang mengubah hutang sedia ada sebanyak RM 665.24 juta kepada bayaran ansuran RM14.56 juta setahun bagi tempoh 45 tahun.

Di media sosial , Penyokong DAP tidak tahu dan  tak dapat terima hakikat yang Lim Guan Eng tidak membayaq sekupang pun hutang tersebut. Hutang kerajaan negeri Pulau Pinang kini dibayar oleh PBAPP !!!

Hutang kerajaan negeri dipindahkan kepada PBAPP dan sekaligus melenyapkan angka hutang berkenaan dari akaun Kerajaan Negeri Pulau Pinang!!!!

Mereka juga tidak nampak dengan perjanjian di bawah  WSIA yang telah ditandatangani oleh Lim Guan Eng itu, segala aset air milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga telah berpindah milik kepada PAAB. Ini sebahagian syarat penstrukturan semula hutang Kerajaan Pulau Pinang dengan Kerajaan Persekutuan.

Hutang Kerajaan Negeri lenyap, manakala aset air menjadi cagaran dan PBAPP membayar hutang  

Ternyata kerajaan DAP memang suka bohong dan terus bohong kepada rakyat . Kalau mereka konon belanja berhemah tidak lah membayar bagi membeli Anugerah Palsu untuk PBT yang cukup memalukan kerana menggunakan wang pembayar cukai !!





Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.