..

..

DI MANA PKR P.PINANG BILA EXCO KERAJAAN DAP DITAHAN SPRM ?

on Saturday, August 12, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



 Ekoran  tangkapan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh dari DAP oleh SPRM, DAP Pulau Pinang semalam melancarkan 'Solidariti Bersama Phee Boon Poh' semalam di hadapan Pejabat SPRM Pulau Pinang dan pagi ini di Mahkamah Tinggi.

Menariknya di mana kelibat YB-YB ADUN dari PKR Pulau Pinang tidak kelihatan semalam dan juga pagi ini. Begitu juga pimpinan PKR Negeri Pulau Pinang yang lain.

Apakah kerana kes kilang haram yang membawa kepada tangkapan EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari DAP ini berpunca dari aduan-aduan yang telah dibuat oleh YB ADUN PKR-Penanti Norlela Ariffin dalam Sidang DUN Pulau Pinang sejak 2015?

Minggu lalu, Norlela mempertikaikan perihal wang hasil kutipan caruman saliran oleh MPSP yang tidak disalurkan ke Tabung Amanah Saliran yang diselenggara oleh Pengarah JPSPP sebagai Pegawai Pengawal berikutan Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan sejumlah wang tersebut disimpan oleh MPSP walaupun Perintah Amanah mengkehendaki kesemua wang itu dimasukkan ke akaun yang diselenggara JPSPP.



Mengikut sumber, komen atau soalan Norlela itu tidak diterima baik oleh pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terutamanya oleh Lim Guan Eng sendiri. Katanya, dalam satu perjumpaan pimpinan PKR Pulau Pinang dan ADUN-ADUN PKR, Norlela telah 'dibelasah' teruk oleh seorang EXCO Kerajaan Negeri dari PKR kerana membangkitkan perkara tersebut.

Ini adalah kes kedua yang turut melibatkan Norlela secara tidak langsung dan Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang.

Apakah ada pergeseran di antara PKR dan DAP di Pulau Pinang pada masa ini berhubung dengan urustadbir dan tata kelola Kerajaan Negeri Pulau Pinang?


One Response

  1. Anonymous says:

    Pkr boleh keluar ph. Jgn brsekongkol dgn dap lgi. Cukuplah diperbodohkan.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.