..

..

DAP HANYA BERANGAN TSUNAMI MELAYU AKAN BERLAKU PRU14

on Tuesday, August 15, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



1. Lim Kit Siang dakwa Pakatan Harapan akan menawan Johor, Negeri Sembilan  dan Perak kerana akan berlaku Tsunami Melayu di PRU ke 14 nanti.
2. Saya yakin tsunami Melayu tidak akan berlaku dan DAP hanya berangan kosong untuk menawan tiga negeri berkenaan.
3. Sebaliknya apa yang akan berlaku ialah tsunami Melayu dalam Pakatan Harapan. Orang Melayu semakin hilang kepercayaan terhadap Pakatan Harapan yang mereka anggap adalah boneka DAP.
4. Isu Tsunami Melayu merupakan perang saikologi DAP untuk mengalih isu akibat  imej parti yang terjejas teruk kerana dilabel sebagai parti perkauman. Imej DAP semakin tercalar kerana skandal rasuah dan pentadbiran kerajaan negeri yang dituduh berat sebelah kerana mengabaikan nasib kaum lain.
5. Semakin ramai Melayu yang meninggalkan Pakatan Harapan kerana kecewa dominasi DAP dan Lim Kit Siang terhadap Pakatan Harapan. Apatah lagi sejak PAS meninggalkan Pakatan Harapan maka sokongan Melayu terhadap Pakatan Harapan terjejas teruk.
6. Sebab itu DAP sedang merancang sekali lagi Tsunami Cina untuk survival parti tersebut. Keutamaan DAP ialah melancarkan sekali lagi tsunami Cina secara senyap sebab itu isu Tsunami Melayu dimainkan.
7. Mana mungkin tsunami melayu akan berlaku sedangkan Parti PPBM pimpinan Mahathir sendiri gagal menarik sokongan Melayu. Difahamkan jumlah keahlian PPBM setakat ini hanya 29,000 orang sahaja. Bersediakah Tun Mahathir mendedahkan jumlah keahlian partinya kerana Nothing To Hide.

Mohd Puad Zarkashi
Ahli MT UMNO




Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.