..

..

BILA KM DITUDUH RASUAH IKRAR BEBAS RASUAH (IBR)

on Sunday, August 6, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Memang satu sejarah buat negeri Pulau Pinang bila seorang  Ketua Menteri yang sedang dituduh rasuah telah mengetuai bacaan dan tandatangan  ikrar bebas rasuah d di depan Pesuruhjaya SPRM. 

Bila dia angkat ikrar  dan tandatangan bermakna dia seorang pemimpin yang  bebas rasuah tetapi hakikatnya sudah  terpalit .

Ini menunjukkan wayang cakap tak serupa bikin  oleh kerajaan Dap yang memalukan rakyat negeri ini .  

 Sepatutnya Ketua Menteri sudah lama meletak jawatan ekoran kes rasuah ini tetapi beliau masih angkuh untuk berkuasa !!



 Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang hari ini menyerahkan memorandum kepada kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki bagi mendesak badan tersebut mempercepatkan siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang kini terpalit dengan isu-isu rasuah.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang , Saudara Rafizal Abdul Rahim dalam kenyataannya berkata memorandum itu diserahkan kepada SPRM supaya siasatan terhadap isu rasuah membabitkan pimpinan dan kerajaan negeri dapat dipercepatkan.

Pemuda juga mendesak Lim Guan Eng supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri.

Desakan itu dibuat selepas kerajaan negeri Pulau Pinang diketuai Lim Guan Eng menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal pagi tadi.

“Apabila beliau menandatangani IBR, beliau secara tidak langsung mengesahkan beliau orang yang bersih dan tidak terpalit dengan salah laku dan rasuah, sedangkan beliau masih berhadapan dengan kes mahkamah berkaitan rasuah. Jadi kami minta ketua menteri letak jawatan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum hari ini."

Rafizal sewaktu ditemui berkata sejajar dengan proses menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh kerajaan negeri yang di ketuai oleh Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri hari ini , tindakan meletakan jawatan adalah pilihan yang terbaik memandangkan beliau sudah pun menandatangani ikrar terbabit seterusnya mengesahkan beliau bebas dari sebarang perlakuan rasuah namun dalam masa yang sama pertuduhan di mahkamah berkaitan isu rasuah dan salah guna kuasa yang dihadapinya menimbulkan banyak tanda tanya.

Bagaimana seorang Ketua Menteri yang berdepan pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah boleh menandatangi IBR sedangkan beliau masih belum dibuktikan bebas daripada pertuduhan tersebut ?

Oleh kerana itu maka Lim Guan Eng seharusnya meletakkan jawatan dan membiarkan proses perundangan berjalan bukan mendabik dada kononnya mereka begitu telus dengan slogan CAT dan sekali lagi bermain wayang politik.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.