..

..

AUDIT NEGARA : KERAJAAN DAP GAGAL URUS RUMAH PPR @dzainalabidin

on Thursday, August 3, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Isu  perumahan PPR  di negeri Pulau Pinang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan tembelang sebenar kerajaan pussy CAT DAP.

Pi la tanya orang muda  Melayu di Pulau Pinang  yang baru kahwin  memohon rumah PPR dan kos  rendah kerajaan negeri melalui Bahagian Perumahan memang mengecewakan.  Ada yang menunggu sampai lebih 5 tahun dan terpaksa menyewa sahaja.

Bila tengok rumah PPR dan kos rendah masih banyak lagi kosong dan timbul persoalan sampai bila nak tunggu ?

Selain itu  ada pemohon yang gaji RM8500 berjaya dapat rumah berkenaan hasil kelulusan kerajaan Dap !

Bila kita lihat ramai keluarga Melayu berpendapatan rendah. di Pulau Pinang masih menyewa dan tiada rumah sendiri , inilah antara puncanya !!!

Kerajaan DAP ternyata suka melihat orang Melayu di Penang ini merempat di negeri sendiri  dengan menyewa dan tidak memiliki rumah sendiri !

#SelamatkanPulauPinang


Kenyataan Media
Datuk Sr Muhammad Farid Saad
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau aPinang
Kawasan Pulau Betong

Rabu, 2 Ogos 2017

*LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA SIRI 1- PULAU PINANG : PERUMAHAN PPR*


1. Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 menyatakan terdapat 4 kes permohonan untuk mendiami Rumah PPR oleh pemohon-pemohon yang berpendapatan melebihi RM8,500 telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pendedahan ini amat mengejutkan kerana ia berlaku di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mengamalkan Kompetensi, Akauntabiliti dan Transparensi. Amat mendukacitakan masih berlaku 'kebocoran' dalam sistem saringan kelayakan yang diperkenalkan dan digunapakai oleh Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang.

2. Laporan LKAN itu juga menyatakan 490 pemohon PPKR dan 666 pemohon Projek Perumahan Rakyat (PPR) belum mendapat rumah walaupun mendaftar permohonan melebihi 15 tahun.

Kelemahan proses migrasi data pemohon dari sistem lama kepada baharu dikenalpasti sebagai punca masalah. Ini adalah satu ketidak-cekapan dalam urus tadbir Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Amat mengejutkan perkara sebegini masih boleh berlaku walaupun Selection Process Enhancement Committee atau SPEC telah ditubuhkan oleh Exco Perumahan pada Ogos 2013 untuk menyaring dan memudahcara permohonan rumah Kos Rendah, Kos Sederhana Rendah dan Mampu Milik.

3. LKAN juga menyatakan terdapat sebanyak 436 buah PPR masih kosong walaupun terdapat sebanyak 3,747 permohonan dalam senarai menunggu bagi enam PPR di Pulau Pinang.

Adalah tidak masuk akal sebegitu banyak rumah PPR dibiarkan kosong sedangkan begitu ramai masih menunggu kelulusan daripada Kerajaan Negeri. Malang sekali, oleh kerana kegagalan Kerajaan Negeri menyewakan rumah-rumah PPR tersebut, rakyat Pulau Pinang yang berpendapatan rendah dan memerlukan rumah tidak mendapat rumah untuk dihuni manakala Kerajaan Negeri pula kehilangan pendapatan.

Apa logiknya Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendesak Kerajaan Persekutuan untuk membina lebih banyak PPR di Pulau Pinang sedangkan bilangan yang sekarang pun gagal diurustadbir dengan baik oleh Kerajaan Negeri.

4. Menurut LKAN 2017, sehingga Ogos 2016 Akaun Amanah Pelbagai Bagi Pembiayaan Projek Perumahan Awam Kos Rendah mempunyai baki berjumlah RM121.99 juta dan terimaan sejak 2013 tidak dibelanjakan.

Wang Rakyat itu bukannya untuk dimegah-megahkan begitu banyak terkumpul dalam tabung hanya kerana mahu menunjukkan kepandaian Kerajaan Negeri menyimpan wang. Kerajaan Negeri yang baik adalah kerajaan yang menguruskan wang rakyat dengan baik untuk menyediakan segala keperluan dan kemudahan untuk rakyat.

Ini jelas menunjukkan ketidak-cekapan perancangan pembangunan dan pengurusan kewangan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Wang Rakyat yang sepatutnya dimanfaatkan untuk perumahan rakyat tidak dibelanjakan untuk keselesaan hidup rakyat. Ia adalah satu kegagalan di pihak Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang.

Terima kasih.
*#SelamatkanPulauPinang*



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.