..

..

ADUN PKR GEMBIRA TINDAKAN SPRM TANGKAP DALANG KILANG HARAM

on Saturday, August 12, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Ahli Dewan Undangan PKR bagi Penanti, Dr Norlela Ariffin menyatakan rasa lega kerana akhirnya satu tindakan dilakukan terhadap kilang haram yang beroperasi di Sungai Lembu di Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang memberi kesan buruk termasuk kanser kepada penduduk sekitar.
Dr Norlela berkata beliau membangkitkan isu kilang pemprosesan penapisan haram sejak dua tahun lalu namun tidak diendahkan.
“Penduduk kampung mengadu kepada saya akan kebimbangan mereka pada Februari 2015. Saya membangkitkan isu ini di sidang dewan undangan negeri namun tiada tindakan dibuat oleh pihak berkuasa selama dua tahun,” katanya.



Siang tadi, tiga individu termasuk Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan terhadap kilang haram.
SPRM turut menahan seorang pengurus dan anak kepada pengarah kilang haram terbabit manakala pejabat Boon Poh turut diserbu dan dokumen dipercayai ada kaitan dengan kilang Kampung Sungai Lembu turut dirampas.



One Response

  1. Anonymous says:

    Pencemar alam ni kalau kat Europe dah lama kat dalam, apalah nak jadi dengan Msia yg lambat menghukum org spt ini...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.