..

..

TOP DOG PAKATAN ADALAH ANWAR BUKAN MAHATHIR

on Wednesday, July 19, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




#PAKATOONS | HIERARKI KUASA YANG TIDAK JELAS.
Sesiapa saja boleh mengaku dia adalah Top Dog.

Mahadet berkata dia saing Najib. Pelantikannya sebagai Pengerusi Pakatan Harapan menjadikan dia pemimpin utama pakatan itu dan setaraf dengan Najib Razak sebagai Pengerusi Barisan Nasional.

Walaupun 22 tahun dia jadi PM dan Pengerusi BN, Mahadet mungkin terlupa bahawa dalam BN tiada Ketua UMUM dan Presiden gabungan. Dalam Pakatan Harapan masih ada Ketua Umum dan Presiden.

Jika ambil model PKR, Ketua Umum adalah lebih tinggi kedudukannya dari Presiden ataupun Pengerusi. Ini bermakna kedudukan Mahadet dalam Pakatan Harapan adalah di bawah Anwar.

Jika ambil model DAP, Pengerusi Nasional tidaknada kuasa kecuali mungkin untuk mempengerusikan mesyuarat. Setiausaha Agong adalah paling berkuasa dalam DAP.

Pakatan Harapan adalah gabungan antara DAP dan PKR sebagai komponen utama, manakala PAN dan PPBM sebagai komponen sekunder.

Maka, boleh dirumuskan tugas dan kuasa jawatan Pengerusi Pakatan Harapan adalah untuk mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden sahaja. Tiada kuasa eksklusif atau eksekutif. Tiada kuasa pemutus dan tiada kuasa penentu. Hanya "ceremonial duties" sahaja.

Mahadet mengaku dia adalah "Top Dog" Pakatan Harapan. Top dog or not, kuasa sebenar dalam hierarki pimpinan Pakatan Harapan adalah pada Ketua Umum yang berada di belakang tabir besir dan "The Supreme Leader" yang bersembunyi di belakang tiang.- Azizi Safar


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.