..

..

Tinggalkan Lembah Pantai , Nurul Izzah bakal tanding Permatang Pauh

on Wednesday, July 5, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Ramai penganalisis politik meramalkan  ahli Parlimen  dan Adun PKR tidak akan kekal lama dan berpindah ke kawasan lain di PRU akan datang tenyata benar.

 Paling mencuri tumpuan ialah Parlimen yang dikatakan kubu kuat DS Anwar Ibrahim iaitu Pmtg Pauh menyaksikan DS Wan Azizah akan menyerahkan kerusi ini untuk ditandingan anaknya Nurul Izzah.

Tak kan kubu kuat sendiri pun takut dengan UMNO Pmtg Pauh  sampaikan 2 orang  YB  PKR di Dun Sbrg Jaya dan Dun Penanti pun turut  melarikan diri ke kawasan lain  .

Adakah mereka bimbang dengan kejutan bakal diterima di PRU14 ekoran jarang nampak di kawasan dan  mendengar masalah rakyat ?

Jadi , untuk cara selamat mereka akan letakkan calon muka  baru bagi memperdayakan rakyat Pmtg Pauh walhal hanyalah recycle seperti mana Kit Siang yang sentiasa berpindah kawasan setiap kali PRU.

Rakyat Pmtg Pauh harus bijak dan membuka mata siapa pemimpin yang perlu dipilih demi masa depan generasi akan datang bukannya masih terbelenggu dengan sentimen emosi kepada keluarga Anwar Ibrahim.

Percaturan semula ini hanya lah taktik selamatkan diri /takut kalah bukannya seperti selalu mereka jerit iaitu Selamatkan Malaysia .



Keratan suratkhabar Kwong Wah 4 July 2017: "Pencaturan semula utk PRU yg akan datang" (terjemahan/ sumber: YB Norlela Ariffin)

Mungkin ada perubahan besar seluruh barisan pimpinan MPN P.Pinang.

DSWA akan tanding di Parlimen PJ Selatan kerana lebih senang utk sering melawat DSAI. Hee Loy Sian akan tanding di Dun & bersedia utk menjadi Exco.

Nurul Izzah tanding Pmtg Pauh. Nurul Izzah dijangka akan meninggal Lembah Pantai & mewakili DSAI bertanding di Pmtg Pauh.

Peluang Saifuddin Nasution menjadi TKM 1 tinggi. Kemungkinan besar Saifuddin akan bertanding di Dun Penanti  & menjadi TKM 1. Saifuddin adalah orang yg paling DSAI percayai & juga calon yg DAP P.Pinang menyokong.

Norlela bertanding di Dun Kajang, Selangor?
Norlela & DSWA dah ada persetujuan utk balik ke Selangor tetapi perlu kelulusan Azmin Ali. Maklumat juga menunjukkan bahawa Dr Afif juga akan bertanding di Selangor tetapi bergantung kpd keputusan Azmin Ali.

Dr Mansor mungkin lepas Parlimen dan tanding Dun. Dr Mansor lebih cenderung utk tanding di Dun & kembali menjadi TKM 1. Beliau adalah Pengerusi MPN, orang Azmin Ali, kemungkinan besar akan tanding Dun. Sekiranya parti nak beliau kekal parlimen, kemungkinan besar akan tanding Dun & Parlimen.

TKM 1 Rashid minta balik Johor. Dia sedar kelemahan sendiri & sudah minta balik bertanding di Muar atau satu kerusi Parlimen. Dun Pantai Jerejak akan ada calon lain bertanding. Law Choo Kiang akan kekal Dun Bukit Tambun, Ong Chin Wen akan kekal Dun Bukit Tengah & Lee Khai Loon akan kekal Dun Machang Bubuk. Dun Batu Uban & Dun Kebun Bunga pula akan menyaksikan kemunculan calon baru.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.