..

..

SEBAB PSM TAK MAHU BERSAMA TUN M DAN PAKATAN HARAPAN

on Tuesday, July 25, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




*Mengapa PSM tidak mahu bersama Tun Mahathir?*

Ramai orang salahfaham atau buat tidak faham apabila PSM menentang Dr. Mahathir. PSM tidak menolak Dr M kerana kami suka bermusuhan, suka balas dendam, tidak tahu memaafkan orang, sudah makan dedak Najib atau sebab-sebab lain yang cuba digambarkan oleh mereka yang tidak suka dengan posisi PSM.

Sebenarnya orang yang menentang PSM tidak ada hujah lain seperti PSM sebuah parti korup, tidak berprinsip, tamak, skandal sek dan sebagainya.

PSM hanya bertanding kurang 3% kerusi Parlimen dan 3% kerusi DUN di seluruh Negara maka 97% kerusi bukan dibawah sebarang pengaruh kami. Maka tuduhan kami akan pecahkan undi dan lain-lain hanyalah untuk mereka yang tidak faham matematik.

PSM menentang Dr Mahathir kerana pegangan dan posisi beliau dalam pelbagai isu. Sistem dan Instutusi Korup yang dibawa oleh Mahathir kini disempurnakan lagi oleh budak didikannya bernama Najib. Antara isu zaman Mahathir adalah
i. Isu pengswastaan kemudahan Awam, pembukaan Tol kepada Syarikat UMNO dll
ii. Penggunaan undang-undang zalim seperti ISA, Akta Percetakan dll
iii. Isu dan pendirian perkauman  
iv. Isu Pekerja, Gaji Minima, Kesatuan Sekerja
v.  Penahanan musuh politiknya termasuk penahanan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Dr Nasir dll
vi. Melemahkan Institusi Kehakiman, Perundangan, Polis dan lain-lain
vii. Sistem Kroni dan Bail out Syarikat milik anak nya – Isu Perwaja, Forek
viii. Projek IC dll.

Rakan seperjuangan kami dalam menentang semua isu ini dulu adalah DAP, PKR dan lain-lain. Adakah posisi mereka dengan semua perkara diatas kini sudah berubah? PSM masih berpendirian posisi kami dulu dan sehingga sekarang masih sama.

Namun hari ini, Tun Mahathir tidak pernah mengatakan beliau salah dalam mana-mana satu isu diatas dan tidak pernah sekali dalam ratusan sidang akhbar dan ceramah beliau mengatakan beliau sudah insaf atau meminta maaf. Beliau hanya berkata bahawa beliau silap memilih Najib, sebagaimana beliau silap memilih Badawi.

Sekarang beliau dianggap sebagai di “Top Dog” untuk Pakatan Harapan. Adakah ini bererti semua posisi yang diambil dulu oleh beliau betul?.

Pembangkang hari ini tidak mahu memfokus kepada isu-isu besar dan hanya mahu melawan isu peribadi Najib dan Cincin Rosmah. Mereka fokus 1MDB dan seperti kajian Rafizi, ini bukan isu terbesar dikepala ramai rakyat Malaysia. Bagi mereka jika Pemimpin teratas dibuang, semua dibawah akan jadi betul. Ini tidak beza dengan kempen menentang Mahathir dulu.
PSM menentang Najib dan Mahathir atas sebab yang sama. Mereka mendukung sistem yang sama. Adakah Pakatan Harapan akan bercerai dari sistem ini atau adakah Mahathir sendiri sudah buat U Turn.  Sehingga sekarang Tun Mahathir masih tegas walaupun Ketua Pembangkang lain mengatakan pelbagai alasan mengapa kita perlu sokong Tun Mahathir sekarang.

PSM tidak buat sebarang Uturn ,  Tai Chi atau silat lidah. Kami terus berjuang untuk isu seperti Tabung pemberhentian kerja, menentang sistem kontrak , mendesak untuk pendidikan dan hospital percuma , membela isu peneroka, orangasli, pekerja ladang, petani dan sebagainya.

Kami tidak pernah meluangkan masa kami mengutuk peribadi Mahathir, Kit Siang, Guan Eng, Hadi , Rosmah, Najib, Muhammad Sabu  dan lain-lain. Kami juga tidak pernah memainkan isu pekauman dan agama untuk jadi popular. Politik kami adalah memajukan aspirasi rakyat majoriti  dan pelbagai isu harian mereka seperti isu gaji, perumahan , pengangguran, kesihatan dan lain-lain.

Kami hanya mampu membawa ide baru, nafas baru dalam udara yang tepu. Kami memilih lawan Institusi, politik  dan sistem sekarang yang dibawa oleh Najib. Malangnya kami tidak dapat melihat Mahathir sebagai penyelamat kami kerana beliau adalah sebahagian daripada sistem korup ini !

*S.Arutchelvan*
*AJK Pusat PSM*


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.