..

..

PKR MARAH ATAU TAKUT PAS TANDING PMTG PAUH ?

on Thursday, July 20, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Tindakan PKR melalui Tian Chua menuduh PAS angkuh kerana mahu tanding di Pmtg Pauh jelas menampakkan ketakutan mereka menjelang PRU14.

 Pelancaran jentera pilihan raya Pas di Permatang Pauh minggu lepas  adalah signal jelas parti itu akan bertanding di kerusi tersebut.

 Sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim merampas kerusi itu pada PRU 1982 atas tiket BN , kerusi berkenaan dimenangi Pas melalui Zabidi Ali.

Persoalannya , mengapa PKR perlu marah hingga mengugat kesabaran mereka ? Kerusi ini dimenangi majoriti selesa semasa PRU13 dan PRK Pmtg Pauh bukannya kemenangan tipis .

Antara sebabnya PKR tahu kemenangan  besar mereka di Pmtg Pauh adalah disebabkan undi orang Pas dan jika parti itu bertanding akan memecahbelahkan undi pembangkang.

Malah rumours tersebar  juga menyatakan  calon bakal diletakkan PAS jika tanding di Pmtg Pauh kali ini  adalah  calon  yang terkenal antaranya yang disebut ialah  Ustaz Fawwaz Mat Jan dan Ustaz Subri Arshad.

Sepatutnya PKR tak perlu takut jika Pas mahu bertanding kerana negara kita mengamalkan sistem  demokrasi . Parlimen Pmtg Pauh bukannya hak mutlak PKR dan keluarga Anwar Ibrahim.

Ianya adalah hak rakyat dan biarlah mereka yang menentukan siapa berhak menjadi wakil rakyat mereka samada PKR , PAS ataupun BN .


KENYATAAN MEDIA

KEADILAN Kesal Tindakan PAS di Permatang Pauh

KEADILAN kesal dengan tindakan PAS mengadakan program pelancaran jentera pilihanraya di Parlimen Permatang Pauh pada Ahad 16 Julai yang lalu.

Program PAS ini merupakan satu tindakan provokasi dan angkuh yang tidak membantu dalam usaha menewaskan rejim UMNO-BN.

Permatang Pauh dikenali umum sebagai kerusi Parlimen yang berkait rapat dengan KEADILAN, dan menjadi lambang kebangkitan rakyat melalui gerakan Reformasi sejak PRU 1999 lagi. Sejak itu, Parlimen Permatang Pauh telah dimenangi KEADILAN sebanyak 6 kali dalam pilihanraya umum dan kecil. Sudah tentu KEADILAN sanggup mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan kekuatan sendiri.

Pendirian PAS yang berikrar ingin menawan Permatang Pauh akan dipandang seolah-olah parti-parti pembangkang bertengkaran sesama sendiri. Sikap ini bercanggah dengan kenyataan pemimpin-pemimpin PAS yang menganggap ia masih sebahagian dari pihak pembangkang yang ingin mengalahkan UMNO-BN pada PRU-14 kelak.

Sekiranya PAS bersungguh-sungguh menentang korupsi dan kezaliman rejim UMNO-BN, kepimpinan PAS harus menghentikan segala tindakan yang mencabar kesabaran parti KEADILAN.

Chua Tian Chang
Naib Presiden KEADILAN
Ahli Parlimen Batu

19 Julai 2017


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Yang bodoh melayu..apasal dok dengar cakap cina tu..BODOH.

  2. Anonymous says:

    Buasalah bila dekat pilihan raya parti politik lancar jentera pilihan raya. Apa plk dok bising tak tentu hala.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.