..

..

PELIK NEGERI PULAU PINANG TAK MAHU IKRAR BEBAS RASUAH

on Saturday, July 15, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Kenyataan Media
YB Datuk Sr Muhammad Farid Saad
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Kawasan Pulau Betong

Sabtu 15 Julai 2017

Merujuk kepada artikel oleh portal media Free Malaysia Today bertajuk "SPRM kesal Pulau Pinang enggan tandatangan IBR"

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/07/15/sprm-kesal-pulau-pinang-enggan-tandatangan-ibr/

Saya amat terkejut bila membaca artikel berkenaan berhubung pendedahan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri tentang keengganan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Saya merasakan sungguh pelik sebuah Kerajaan Negeri yang diterajui oleh DAP yang sering kali menjaja amalan urustadbir "Competency Accountability & Transparency", serta menyalak ingin membanteras gejala rasuah habis-habisan *tidak mahu atau enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR)*.

Apakah yang ditakutkan atau digeruni oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menandatangani ikrar berkenaan?

Walaupun menandatangani Ikrar Bebas Rasuah adalah sesuatu yang tidak wajib dari segi Undang-Undang, keengganan Kerajaan DAP Pulau Pinang turut sama menandatangani Ikrar tersebut memberi gambaran bahawa Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng Setiausaha Agong DAP yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan yang baru diumumkan kelmarin *TIDAK SERIUS* atau bersungguh-sungguh untuk membanteras gejala rasuah.

Rakyat Malaysia tidak seharusnya tertipu dengan janji-janji yang disenaraikan oleh Pakatan Harapan yang antaranya ialah membenteras rasuah hingga ke akar umbi jika Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP salah satu parti gabungan Pakatan Harapan  itu sendiri enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah SPRM.

Apakah keengganan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menandatangani IKRAR Bebas Rasuah ini ada kena mengena dengan pertuduhan rasuah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang sedang menanti perbicaraan di Mahkamah?

Terima kasih.


One Response

  1. Anonymous says:

    camne nak sign ikrar bebas rasuah jika kepala depa sendiri tengah bengang dgn isu rasuah...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.