..

..

PARTI DAP PENUH RASUAH ,MANA MUNGKIN NAK TANDATANGAN IBR

on Tuesday, July 18, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Jasmin Nordin berkata, mana mungkin Dap mahu menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) kerana parti mereka sendiri penuh rasuah dan tidak ada ketelusan.

Jelas beliau, keengganan kerajaan rejim Dap untuk menandatangani ikrar tersebut memberi gambaran yang cukup jelas apakah pendirian mereka sebenarnya.

“Kononnya kerajaan pimpinan mereka bersih tetapi sebenarnya itu semua adalah momokan mainan politik bagi megaburi mata rakyat.

“Ianya dikuatkan lagi apabila Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad berkata senario sekarang menunjukkan bahawa laporan rasuah di negeri Pulau Pinang adalah tinggi.

“Jadi, kalau IBR pun tidak mampu untuk Dap tandatangan, maka jangan sibuk menuding menuduh orang lain rasuah,” ujarnya.

Tambah Jasmin, kenyataan Dap kononnya prinsip Cekap, Amanah dan Telus (CAT) yang dilaksanakan di negeri itu sejak 2008 lebih berkesan dalam usaha membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa berbanding menandatangani IBR sebenarnya hanyalah satu taktik menutup sikap buruk diri sendiri kerana CAT Dap lebih cenderung kepada ‘Corrupt, Abusive & Tokong’.

“Jika benar parti mereka selama ini memperjuangkan anti rasuah mengapa berdolak-dalik untuk tandatangan ikrar tersebut. Sepatutnya Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang bersetuju untuk menurunkan tandatangan dan ini akan memberikan kelebihan politik yang amat tinggi kepada mereka.

“Ini tidak… cakap lain tapi buat lain… tapi ye la kan… apa yang mahu dihairankan kerana parti mereka sendiri tonggang langgang. Pemilihan CEC pun belum tentu sahih malah Lim Guan Eng sendiripun kini sedang berhadapan dengan kes rasuah mahkamah,” sindirnya


One Response

  1. Anonymous says:

    Jgn kritik Dap nanti Pan marah.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.