..

..

PAKATAN HARAPAN SATU KAPAL TIGA NAKHODA

on Friday, July 14, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



KENYATAAN AKHBAR

Satu kapal tiga nakhoda dalam Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR - Malam tadi Pakatan Harapan mengumumkan struktur baharu kepimpinannya dengan menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih di penjara atas tuduhan liwat sebagai Ketua Umum.

Manakala Tun Dr Mahathir yang pernah memenjarakan Anwar dengan tuduhan liwat pula dilantik sebagai Pengerusi, sementara Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dilantik sebagai Presiden.

Struktur baharu ini jelas memperlihatkan Pakatan Harapan sebagai pakatan cacamerba apabila meletakkan tiga nakhoda dalam satu kapal.

Siapakah yang lebih berkuasa dalam membuat sebarang keputusan antara Ketua Umum, Pengerusi dan Presiden kerana tidak ada skop kuasa dan autoriti yang jelas antara ketiga-tiga jawatan itu.

Berbulan-bulan mengadakan perbincangan dan akhirnya ini sahaja yang mereka dapat dengan mengambil jalan selamat melantik tiga 'kepala' untuk menerajui Pakatan Harapan?

Struktur baharu ini juga boleh dikatakan untuk mengambil hati Tun Mahathir bagi membolehkan Anwar menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan cacamerba ini menang pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Lebih melucukan apabila ketiga pemimpin ini juga mempunyai haluan yang berbeza. Anwar menubuhkan PKR kerana menentang pentadbiran Tun Mahathir yang dikatakan zalim dan beliau sendiri pernah ditumbuk sehingga lebam mata yang akhirnya menjadi logo PKR itu sendiri.

Manakala Tun Mahathir menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana agenda peribadi untuk kenjadikan anaknya Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri.

Aneh sebenarnya apabila Tun Mahathir kini berada di bawah telunjuk Anwar sekiranya jawatan Ketua Umum lebih tinggi daripada Pengerusi di bawah struktur baharu Pakatan Harapan ini.

Sementara Wan Azizah yang menjadi bidan terjun dalam politik kerana mahu memperjuangkan suaminya dalam penjara dan tidak pernah kisah dengan nasib rakyat di Permatang Pauh dan Kajang, hanya menjadi 'seat warmer' kepada suaminya, Anwar.

Kini ketiga-tiga mereka berkawan baik - dalam keadaan amat janggal - dengan matlamat masing-masing yang sebenarnya keliru dengan perjuangan masing-masing.

Struktur baharu ini kononnya 'nampak lebih cantik' dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai Timbalan Presiden walaupun hakikatnya hubungan ketiga-ketiganya longgar.

Lebih menghairankan apabila Pakatan Harapan meletakkan individu-indidividu yang tiada kredibiliti pada barisan No 2 dengan Muhyiddin dan Mat Sabu dikaitkan skandal dengan isteri orang manakala Guan Eng masih terpalit dengan isu rasuah yang kini masih berjalan di mahkamah.

Siapa pula akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri antara ketiga-tiga mereka, sedangkan persoalan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri pun masih tak terjawab.

Apa pun saya mengucapkan tahniab kepada Pakatan Harapan kerana telah berjaya mengelirukan rakyat dan memudahkan Barisan Nasional (BN) - yang hanya mempunyai seorang presiden - mendapat mandat yang lebih besar pada pilihan raya umum akan datang.

Teruskanlah berebut kuasa kerana akhirnya rakyat akan tahu tembelang sebenar Pakatan Harapan (yang tiada harapan dan tidak boleh diharapkan).

Nazir Hussin Akhtar Hussin
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa
Pengerusi Biro HELP


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Biarkanlah berapa nakhoda pun..yg penting bye2 BN..jom pakat sokong pakatan..

  2. Anonymous says:

    Yang skandal dgn bini org pun lantik jdi pemimpin. Diri sndiri tak terpimpin. Teringat kisah khalwat di hotel perdana kota bharu satu masa dulu.

  3. Anonymous says:

    Lebih baik dari kapal satu Nakhoda tapi Lanun Penyamun Perompak Perasuah dan semua Pe yang sewaktu dgn nya

  4. Undi Parkatan Harapan erti sokong DAP memerentah negara ini kerana DAP yg terbanyak kerusi Parliment.Jangan jadi orang bodoh.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.