..

..

INILAH PERANGAI YB PAKATAN, KERJA TAK BUAT AMBIK KREDIT PROJEK KERAJAAN BN

on Friday, July 21, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Semalam, Pengarah Strategik PKR yang juga Ahli Parlimen (MP) Bayan Baru, Sim Tze Tzin telah memuat naik beberapa gambar lawatan beliau ke Tapak Lebuhraya Bayan Lepas ke Teluk Kumbar.

 Ia mendapat kecaman oleh netizen dari Pulau Pinang yang membidas cara YB PKR ini menulis posting di dalam laman sosial Facebook beliau seolah-olah beliau sedang melawat tapak projek yang diusahakan oleh kerajaan  DAP Pulau Pinang.

Fakta yang sebenar ini ialah projek  bernilai RM208 juta ini bukan menggunakan duit Lim Guan Eng dan  kerajaan DAP  sebaliknya adalah projek Kerajaan Persekutuan.

Jadi tidak perlulah bermuka-muka seolah-olah Kerajaan Negeri prihatin dan membuat projek untuk Rakyat. Rejim DAP tidak melakukan sebarang kebaikan untuk Rakyat Pulau Pinang.

 Malah projek Kerajaan Persekutuan untuk Rakyat berjumlah RM208 juta lebih rendah daripada kos 'feasibility study' untuk projek terowong bawah laut sebanyak RM300 juta yang masih belum siap sehingga sekarang! Setelah menyedari pembohongan dan sikap bermuka-muka beliau mendapat komen-komen yang mengecam di posting beliau, beliau telah memadamkan posting berkenaan.

 Inilah kerja Wakil Rakyat Pembangkang. Kerja tidak mahu buat. Kerja orang lain mahu ambil nama. Lembu punya susu, sapi tehegeh-hegeh mahukan nama.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.