..

..

ADUN PKR PENANTI PERSOAL KOS LRT KERAJAAN P.PINANG LEBIH MAHAL DARI KOS MRT SBK ?

on Tuesday, July 18, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





ADUN Penanti (PKR) Norlela Ariffin mempertikaikan Projek LRT di Pulau Pinang sepanjang 30km di Pulau Pinang bernilai RM24 bilion adalah lebih mahal daripada laluan 51km MRT Sungai Buloh – Kajang (SBK).


Ujarnya, laluan MRT SBK lebih panjang dan mempunyai lebih banyak stesen disiapkan dengan harga RM21 bilion – lebih rendah daripada projek LRT yang dicadangkan akan dibina oleh kerajaan DAP Pulau Pinang, teraju Ketua Menteri Lim Guan Eng.
“Nak tanya (syarikat) SRS (Konsortium) di mesyuarat Majlis Pengangkutan Awam P.P (Pulau Pinang) pada 20hb Julai kenapa tak buat MRT sebab lebih murah kos/km dari kos LRT Komtar – Bayan Lepas yang (bernilai) RM24 bilion dan kena tambak laut 4,500 ekar,” soalnya dipetik kenyataan di Facebook, semalam.

 SRS Konsortium dilantik kerajaan Pulau Pinang sebagai Rakan Pelaksana Projek (PDP) bagi membina projek keretapi pertama negeri berkenaan dibawah Pelan Utama Pengangkutan Penang (PTMP).
Rancangan awal pelan berkenaan akan membina 27 stesen LRT di sepanjang laluan berkenaan dan pada masa akan datang akan menghubungkan monorel serta LRT lain.
Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dipetik Bernama berkata, cadangan laluan LRT berkenaan bermula dari Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) melalui Jelutong, Gelugor, Bayan Baru, Bayan Lepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebelum ia berakhir di bahagian penambakan laut, selatan Pulau Pinang.
Katanya, kerajaan negeri bercadang untuk menyiapkan fasa pertama projek berkenaan pada 2023 manakala jajaran penuh siap dan beroperasi menjelang 2030.
Walaubagaimanapun Norlela mendakwa kos projek LRT Pulau Pinang terlalu mahal ekoran berbanding laluan MRT SBK yang mempunyai 31 stesen termasuk 7 daripadanya stesen bawah tanah sepanjang 9.5 kilometer dan 20.5 kilometer laluan bertingkat.


“Kos keseluruhan pembinaan laluan MRT Sg Buloh – Kajang ialah RM21 bilion,” ujarnya membandingkan dengan projek LRT Pulau Pinang.


One Response

  1. Anonymous says:

    Pan kata Dap baik..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.