..

..

ADAKAH GUAN ENG & KIT SIANG TAKUT PEMILIHAN SEMULA CEC DAP ?

on Sunday, July 9, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Kenyataan Media
Datuk Seri Zainal Abidin Osman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
Negeri Pulau Pinang

Ahad 9 Julai 2017

PEMILIHAN SEMULA CEC DAP

Berikutan kenyataan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia yang dikeluarkan Jumaat lalu memaklumkan keputusan siasatan terhadap  Pemilihan Semula CEC DAP pada September 2013 adalah TIDAK SAH dan DAP perlu mengadakan pemilihan semula CEC.

Dalam satu kenyataan balas, DAP menuduh ROS cuba mensabotaj DAP bila mengarahkan diadakan pemilihan semula. Sepatutnya tuduhan itu tidak timbul kerana pemilihan CEC DAP sememangnya sudah "overdue". Penggal 2013-2016 telah tamat tempoh dan pemilihan ditangguhkan selama 18 bulan pada tahun lalu.

Perlembagaan DAP menghadkan seseorang itu hanya boleh memegang jawatan Setiausaha Agong DAP selama 2 penggal sahaja. Penggal 2013-2016 adalah penggal kedua Lim Guan Eng menjadi Setiausaha Agong DAP. Tempoh jawatan Setiausaha Agong yang sepatutnya berakhir pada tahun lalu juga telah dilanjutkan selama 18 bulan.

Keputusan ROS turut tidak mengesahkan pelantikan individu-individu ke jawatan-jawatan tertinggi/utama DAP termasuk Setiausaha Agong.  Ini bermakna lantikan Lim Guan Eng sebagai SetiausahaAgong DAP juga tidak SAH.

Sekiranya DAP mengadakan pemilihan semula CECnya pada tahun ini, Lim Guan Eng masih boleh dilantik semula sebagai Setiausaha Agong DAP kerana ini hanya penggal kedua lantikan yang SAH. Pelantikan terdahulu tidak boleh diambil kira kerana pelantikan itu tidak SAH.

Apakah Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang sangat takut dan sangat khuatir mereka sudah tidak lagi mampu untuk menang cukup undi dan berada dalam kelompok 20 teratas jika diadakan pemilihan semula?

Apakah benar ujudnya fraksi-fraksi dalam DAP pada masa ini dan sekiranya diadakan pemilihan semula CEC ini akan memburukkan lagi keadaan tersebut kerana akan berlaku pertembungan sengit antara fraksi-fraksi yang berlawanan?

Sebagaimana kebiasaan DAP akan menuduh UMNO-BN atau pihak lain bertanggungjawab setiap perkara tidak menguntungkan atau malapetaka yang berlaku kepada DAP atau pemimpin DAP. Contohnya, pertuduhan dua kes rasuah terhadap Lim Guan Eng di Mahkamah adalah kerana adanya bukti-bukti salah laku dilakukan oleh beliau sendiri yang telah menyebabkan pendakwaan terhadapnya.

Masalah pemilihan CEC DAP pula adalah masalah ketidakmampuan atau "incompetency" pimpinan tertinggi DAP dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan DAP. Malah keputusan ROS juga adalah berdasarkan kepada peruntukan dalam Perlembagaan parti DAP. Jika DAP tidak berpuas hati dengan keputusan ROS itu, mereka boleh membawa masalah itu ke Mahkamah.

Terima kasih.


One Response

  1. Anonymous says:

    Takut kalah kot...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.