..

..

YASSIN JANGAN TUNJUK TAK CERDIK KOMEN ISU DOJ

on Tuesday, June 20, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Bulan Ramadhan ni saja nak nasihatkan Yasin Sulaiman yang tak cerdik ni saman sivil DOJ ni tak buktikan sapa2 bersalah lagi dan belum tentu aset yang disebut ni diperolehi melalui cara jenayah. Perbicaraan pun tak mula lagi, dia pulak dah hukum orang. Sekolah tinggi tapi tak cerdik, elok masukkan dalam lokap masa raya ni je, baru ada akai..

Memahami Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS (DOJ)

1. Asas kepada saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) AS untuk mengambil alih sesuatu aset adalah 'ADUAN AWAM' dan bukan "BUKTI-BUKTI PRIMA FACIE" hasil dari siasatan pihak berkuasa AS.

2. Jika DOJ mempunyai bukti yang kukuh mengenai sesuatu kegiatan penggubahan wang, sudah tentu DOJ boleh secara terus mendakwa pesalah terbabit di mahkamah AS dan aset tersebut boleh dirampas menggunakan Akta Penggubahan Wang Haram AS.

3. Bagaimanapun, disebabkan DOJ kekurangan bukti prima facie, maka DOJ tiada pilihan melainkan terpaksa menggunakan saman sivil bagi mengambil alih aset-aset yang disyaki hasil dari kegiatan jenayah.

4. Melalui saman sivil, DOJ tidak perlu mempunyai bukti yang kukuh, cukup sekadar aduan awam. Sebaliknya pihak tertuduh pula yang perlu membuktikan aset-aset yang diperolehi bukan dari hasil jenayah penggubahan wang atau jenayah-jenayah lain.

5. Seperti yang disebut oleh DOJ sendiri “a civil forfeiture complaint is merely an allegation that money or property was involved in or represents the proceeds of a crime. These allegations are not proven until a court awards judgment in favor of the U.S.”. Maksudnya, tiada sebarang dakwaan yang telah dibuktikan sebaliknya ia adalah berasaskan aduan semata-mata.

6. Bolehkah DOJ membuktikan jenayah telah dilakukan melalui saman sivil ini? Tidak. Saman sivil ini hanya untuk mengambil alih aset yang disyaki diperolehi dari sumber haram. Dalam kes bekas Presiden Taiwan, walaupun aset beliau dirampas dan dijual oleh DOJ, tetapi tiada sebarang bukti yang membolehkan DOJ mengambil tindakan ke atas beliau.

7. Dalam kes bekas Presiden Taiwan, aset yang diambil alih adalah hartanah bernilai AS$2 juta pada tahun ia dibeli, iaitu pada tahun 2008. Bagaimanapun selepas 8 tahun, termasuk selepas saman sivil difailkan dan perbicaraan mahkamah, keseluruhannya mengambil masa selama 6 tahun, nilai yang dipulangkan kepada rakyat Taiwan hanyalah AS$1.5 juta. Tidak masuk akal selepas 8 tahun, nilai hartanah tersebut masih tidak meningkat. Lebih tidak masuk akal lagi apabila nilainya menurun kepada hanya AS$1.5 juta.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.