..

..

SARAWAK REPORT ALAT SEBAR FITNAH JATUHKAN PEMIMPIN NEGARA

on Saturday, June 17, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




rakyat diminta untuk tidak mempercayai sebarang laporan yang dikeluarkan oleh Sarawak Report yang mempunyai motif tertentu untuk menjatuhkan kepimpinan negara ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata portal berita itu hanya bertujuan menyebarkan fitnah untuk menjejaskan reputasi pemimpin negara.
“Sarawak Report adalah online paper (akhbar dalam talian) yang tujuannya hanya membuat fitnah kepada pemimpin kita.
“Oleh demikian rakyat tidak boleh terima bulat-bulat kerana mereka mempunyai motif tertentu untuk jatuhkan kepimpinan negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengagihan bubur lambuk Kembara Negaraku di KL Sentral, di sini.
Salleh diminta mengulas laporan oleh portal berita itu bahawa ketua pendakwa raya dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dibayar sejumlah wang menerusi akaun Perdana Menteri yang dikatakan daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut Salleh, bekas pengarang portal berita itu Lester Melanyi juga pernah mengakui 90 peratus berita yang diterbitkan oleh Sarawak Report adalah palsu dan telah diubah suai.
“Kita sedia maklum ada dokumen-dokumen pada Sarawak Report adalah dokumen yang telah diusik dan kesahihannya dipersoalkan.
“Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia jangan kelam-kabut menerima laporan-laporan seperti ini kerana semua itu tidak benar sama sekali,” katanya.
Sementara itu, pada majlis tersebut, Salleh berkata Kembara Negaraku adalah sebuah program yang diadakan selaras dengan inisiatif Negaraku yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertunjangkan semangat cintakan negara.
Katanya program itu bertujuan menyampaikan mesej dan mengadakan aktiviti untuk menyemarakkan semangat patriotisme, kebanggaan, kecintaan dan aspirasi terhadap Malaysia, selain mendekati masyarakat setempat di bazar ramadan, hab-hab pengangkutan serta beberapa lokasi lain seluruh negara.
Pada majlis itu sebanyak 500 pek bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai. – BERNAMA


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.