..

..

RAMADHAN , UMNO PMTG PAUH PERHEBAT DEKATI RAKYAT

on Friday, June 23, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Gerak kerja non stop UMNO Pmtg Pauh diketuai Datuk Hj Mohd Zaidi Hj Mohd Said sejak awal bulan Ramadhan hingga penghujung jelas menampakkan sinar kepada rakyat parlimen ini.

Nama Datuk Zaidi jelas popular sentiasa disebut rakyat tidak kira di market  , sekolah mahupun  masjid hingga ada yang menyangka beliau adalah wakil rakyat.  

Fenomena ini jelas selari dengan hasrat Perdana Menteri yang mahu pemimpin setempat sentiasa turun padang dengan hashtag # JomBantuRakyat .

Bulan Ramadhan jelas merupakan masa terbaik  untuk UMNO dekat di hari rakyat dan ini dimanfaat oleh Datuk Zaidi dan pasukannya .

Semalam  pengawal keselamatan dan tukang kebun dan cleaner sekolah diraikan dengan menerima  duit raya dan barang  sempena Aidilftiri .  

Hingga kini hampir 5 ribu rakyat dari pelbagai golongan telah diraikan Umno Pmtg Pauh antaranya seperti guru, Polis , guru KAFA , imam, bilal , tok siak , ibu tunggal , penggali kubur , asnaf  , pelajar IPT , maahad tahfiz , dan veteran tentera .

Malah pemberian 5 ribu kampit beras ke seluruh Pmtg Pauh turut diberikan selain sumbangan kepada masjid dan surau di bulan Ramadhan . 

Diharapkan rakyat Pmtg Pauh dapat menilai pemimpin dari parti mana untuk dipilih sebagai wakil rakyat di PRU akan datang . 










Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.