..

..

RAFIZI MENIPU HARGA MINYAK NAIK BULAN JUN KANTOI

on Thursday, June 15, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



*Memalukan, Jangkaan Rafizi Harga Petrol Akan Naik Bulan Jun Meleset, Sepanjang Jun Harga Minyak Asyik Turun!*

1. Pada 6hb Februari 2017 lalu, Rafizi Ramli dalam satu sidang akhbar memberi amaran kepada rakyat Malaysia bahawa harga petrol dan diesel akan naik pada Jun 2017.

2. Analisanya berdasarkan beberapa maklumat pasaran dan unjuran seperti akhbar kewangan dunia Bloomberg,  Menteri Minyak Russia, Alexander Novak dan syarikat-syarikat gergasi minyak.



3. Rafizi juga ada pengalaman yang mendalam dalam hal harga minyak kerana dia sendiri mengaku dia bekas pegawai kanan Petronas.

4. Kononnya Rafizi bersimpati dengan rakyat Malaysia kerana harga petrol akan meningkat kepada *RM2.70 pada Jun* ini.

_*Rujuk di sini:*_

*[Video]* https://youtu.be/HMuwAAtBR-w

*[Blog]* http://rafiziramli.com/2017/02/harga-petrol-dan-diesel-terus-kekal-tinggi-sepanjang-2017-jika-harga-siling-tidak-diperkenalkan-dan-subsidi-tidak-dikembalikan/

5. Berlawanan dengan jangkaan Rafizi, harga petrol RON95 telah turun sejak awal Jun iaitu dari *1-7 Jun 2017 (RM 2.10), 8-14 Jun 2017 (RM 2.05)* dan terkini *15-21 Jun 2017 (RM 1.98)*.

6. Ternyata kenyataan Rafizi adalah pembohongan dan hasutan semata-mata untuk membuatkan rakyat marah terhadap kerajaan. Hakikatnya, Rafizi dan Pakatan tidak mungkin mampu mengawal kenaikan harga petrol dan diesel kerana harga minyak mentah dunia bukan di bawah kawalan mereka.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.