..

..

PULAU PINANG BAKAL MENJADI NEGERI GAGAL BAWAH DAP

on Sunday, June 11, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



1. Perbelanjaan Operasi Tahunan Pulau Pinang secara konsisten meningkat setiap tahun mencecah 500% dari apa yang dibelanjakan pada 2008.

2. Kerajaan Pulau Pinang telah menjual atau memperdagangkan tanah dan asset bernilai sekurang-kurangnya RM37 bilion sejak DAP mengambil alih kerajaan negeri pada 2008.

3. Kos bagi projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) telah meningkat pada harganya dari RM27 bilion kepada RM46 bilion sejak setahun lalu sebagaimana dinyatakan oleh YB Chow Kon Yeow.

4. YB Chow mengesahkan Kerajaan Pulau Pinang terpaksa membuat pinjaman dari bank bagi mengisi jurang perbezaan antara RM27 bilion dan RM46 bilion dalam temuramahnya dengan The Edge Julai tahun lalu.

5. Kerajaan Pulau Pinang terpaksa memindahkan dana dari rizab kerajaan negeri sebanyak RM609 juta sebagai pinjaman kecemasan kepada syarikat milik kerajaan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan RM30 juta kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA)

6. Untuk meningkatkan perolehan, kerajaan Pulau Pinang telah menaikan cukai harta dan cukai pintu bagi tempoh tiga tahun, meningkatkan kadar letak kereta, menaikkan kadar air sebanyak empat kali, menggandakan kadar pengekstrakan air mentah, menaikkan penalti terhadap pemaju perumahan sebagai menggantikan kegagalan menyediakan rumah mampu milik dan meningkatkan pelbagai jenis denda bagi pihak berkuasa tempatan.

7. Pulau Pinang ke era kegagalan dan muflis di mana penduduknya bakal berdepan dengan pelbagai kenaikan denda, cukai serta kadar air bagi menampung perbelanjaan kerajaan negeri.

Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Sebelum ini PH tuduh kerajaan Persekutuan bankrap...rupa2nya yg bankrap Pulau Pinang. Mungkin disebabkan mereka aktif menyedut keluar wang rakyat melalui projek mega yg gagal, PDC dan PBA. SPRM patut siasat mengenai bad governance, rasuah dan menyalahguna kuasa untuk kepentingan peribadi, kroni dan proksi.

  2. Anonymous says:

    Yeke...terkejutnya aku...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.