..

..

POLITEKNIK SBRG PERAI JAWAB TUDUHAN FITNAH PERKAUMAN OLEH DAP

on Friday, June 30, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




KENYATAAN MEDIA

JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK ingin menjelaskan tentang isu pengusaha India yang tidak berjaya dalam pembidaan sebutharga untuk mendapatkan satu ruang gerai dalam Kontrak Menyewa dan Mengurus Kantin Politeknik Seberang Perai seperti ya
ng ditularkan di media sosial baru-baru ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Sebut Harga, PSP telah meneliti dan mendapati bahawa permohonan pengusaha makanan India iaitu Encik Gobi Krishnan a/l Gopal dari GA Multi Trading tidak berjaya kerana tidak memenuhi syarat dan kriteria yang terdapat dalam spesifikasi sebut harga. Syarat sebut harga tersebut termasuk kod bidang 040103 Membekal Makanan Bermasak (Islam) dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan. 

Dua pengusaha kantin Melayu yang telah beroperasi di PSP selama hampir 10 tahun juga tidak berjaya kerana tidak memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan. Seorang lagi pengusaha menarik diri kerana tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Secara jelasnya, tiada unsur pilih kasih atau diskriminasi perkauman seperti yang didakwa. 

Pemilihan dilakukan secara telus dan bertanggungjawab oleh Jawatankuasa Penilaian Sebut Harga. Jawatankuasa tersebut tidak dimaklumkan nama syarikat dan siapa yang mengambil bahagian dan pemilihan hanya berdasarkan nombor kod penender sahaja. Pengarah Politeknik Seberang Perai bertanggungjawab sepenuhnya dalam semua perkara berkaitan warga Politeknik Seberang Perai seramai hampir 5000 orang pelajar dan staf termasuk 865 orang pelajar India. Setiap perkara akan diteliti dengan waspada terhadap anasir yang cuba memporakperandakan masyarakat melalui isu ini. 

Pihak Politeknik Seberang Perai sentiasa bersikap terbuka untuk berbincang dalam apa juga perkara tanpa melibatkan pihak ketiga yang mungkin tidak memahami dan mengetahui isu ini serta tidak mendapatkan maklumat sahih terlebih dahulu. 

Dikeluarkan oleh:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT 
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.