..

..

PKR JADI MANGSA BULI , JKKK DILANTIK DIPECAT DAP

on Friday, June 30, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



PKR adalah parti kuda tungangan DAP di Pulau Pinang  . Begitu hapraknya parti ini dengan mudah DAP memecat JKKK yang dilantik parti PKR .
Ini membuktikan PKR tiada kuasa dalam kerajaan DAP dan hanya menjadi pak angguk dan pak turut . 
Dalam isu peniaga Melayu , pemimpin Melayu PKR berjawatan Exco dan TKM 1 pun tak boleh buat apa-apa bantu sebaliknya menurut saja arahan Ketua Menteri korup kerajaan DAP ini . 
Jadi , apa lagi yang boleh diharapkan kepada parti ini ??? 

GEORGE TOWN, 29 Jun – Gerakan Pulau Pinang menyifatkan pemecatan pengerusi jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK) yang dilantik Parti Keadilan Rakyat (PKR) oleh kerajaan negeri pimpinan DAP sebagai satu tindakan membuli PKR.
Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata situasi tersebut juga menunjukkan PKR Pulau Pinang tidak mempunyai kuasa sebenar sehingga tidak berani berdepan dengan DAP.
Beliau mendakwa pengerusi JKK Kampung Juru di Simpang Ampat dekat sini dipecat berkuat kuasa 1 Jun lepas.
“Dalam isu pemecatan ini, disebabkan pengerusi JKKK ini tidak mahu menyertai DAP, maka dia dipecat oleh kerajaan negeri DAP dan saya percaya banyak lagi kes yang telah dan akan berlaku pada masa depan, dan ini merupakan sebahagian kecil daripadanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Oh juga mendakwa berlaku pembekuan peruntukan di kawasan PKR sebelum ini.
“PKR Pulau Pinang tiada kuasa sebenar, mereka tidak berani berkonfrontasi dengan DAP Pulau Pinang dan jika PKR  terus mendiamkan diri, maka tidak mustahil akan berlaku beberapa kerusi dewan undangan negeri dan parlimen milik PKR akan dirampas DAP dalam pilihan raya umum akan datang,”


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.