..

..

PARTI 1 KERUSI PARLIMEN NAK JAWATAN PM TAK MASUK AKAL

on Tuesday, June 20, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Semalam, Datuk Seri Najib menyatakan "maka sebab itu, apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hendak mencalonkan diri menjadi Perdana Menteri, adalah tidak masuk akal kerana mereka hanya ada satu kerusi.

PPBM hanya ada satu kerusi, DAP ada 37 kerusi, PKR ada 29 kerusi, PAN ada 6 kerusi dan PPBM hanya ada satu kerusi sahaja. Sebab itulah bila Anwar Ibrahim umum tarik diri sebagai calon PM bagi Pakatan Harapan, maka pembangkang jadi tambah celaru.

Zaid Ibrahim paling seronok bila Anwar tarik diri. Terus dilambungnya Mahathir menjadi calon PM dan membuat kabinet bayangan baru Pakatan Harapan.

Tiada mesyuarat, tiada perbincangan sesama komponen parti kemudian terus sahaja keluar kabinet bayangan. Perkiraan apa dan penilaian dari sudut mana yang dibuat oleh Zaid Ibrahim tiada siapa pun yang tahu.

Inilah masalah pokok dan utama yang patut dibincang dan diselesaikan dahulu oleh Pakatan Harapan. Masalah sebesar gajah didepan mata tidak selesai, kuman DoJ di seberang laut yang mereka sibukkan.

Dalam prinsip demokrasi, parti yang menguasai parlimen yang layak dipertimbang sebagai calon PM. Seperti UMNO yang ada 88 kerusi dalam Barisan Nasional, 13 parti komponen lain akan ditentukan agihan kerusi dan jawatan berdasarkan keputusan mesyuarat.

Bukannya seperti pembangkang yang mana kabinet bayangannya dibincang dalam komen komen penyokongnya dalam Malaysiakini. Ini bukannya pakatan demokrasi, ini pakatan anarki.

Jawatan PM yang Zaid cadangkan diberi kepada Mahathir itu akan jadi satu bahan gelak ketawa sahaja. Ini kerana Mahathir hanyalah mewakili parti yang miliki satu kerusi sahaja.

Pada PRU akan datang pun, parti PPBM dijangka akan mendapat kerusi paling sedikit kerana tidak mendapat sokongan dari rakyat. Jumlah keahlian pun mereka takut hendak umum tetapi teringin mahu jawatan PM.

Zaid yang menamakan Mahathir sebagai PM mengetuai Pakatan Harapan nampak sungguh lebih beremosi dari rasional. Zaid tidak peka bahawa Mahathir tidak popular di kalangan pemimpin Pakatan Harapan

Menamakan calon Perdana Menteri mengakibatkan sikap tidak senang dan mendatangkan pergeseran kepada sesama komponen. Maka itu sebab tiada respon pun datang dari pemimpin lain dari Pakatan Harapan.

Semalam, Kit Siang sudah beri arahan agar semua pemimpin Pakatan Harapan tutup mulut dan jangan bincang soal siapa hendak jadi PM. Tiba tiba, sejam selepas itu Zaid Ibrahim keluar senarai kabinet bayangan DAP.

Satu negara nampak, perebutan jawatan PM yang sedang berlaku dalam Pakatan Harapan. Sampai ke Jepun, Mahathir menyebut hendak menjadi PM. Apa lagi yang hendak disorok Kit Siang, rakyat sudah buka mata.

Perkara 43 (2a), Perlembagaan Persekutuan jelas menyebut Perdana Menteri hendaklah dilantik dari kalangan seseorang yang mendapat kepercayaan ahli dewan rakyat. PPBM hanya ada satu kerusi. Mana ada dalam sejarah sistem parlimen berdemokrasi di dunia, parti yang ada satu kerusi menjadi Perdana Menteri.

Lihatlah pada nasib Parti Sosialis Malaysia yang ada satu kerusi di parlimen Sungai Siput, bolehkah parti itu cakap banyak dalam pakatan pembangkang? Tidak boleh. Inilah nasib malang parti PPBM. Lebih gilakan jawatan yang belum tentu dapat dari menyelesai masalah parti sendiri.

Syed Saddiq, Ketua Armada PPBM masih belum jawab benarkah Mahathir bayar USD$5 juta pada Yayasan Clinton. Mahathir dan Muhyiddin juga masih belum menjawab soalan dari dua exco armada PPBM tentang kekayaan dan skandal Nika Gee.

PPBM ibarat mati segan, hidup tidak mahu.  Namun bernafsu besar menjadi ketua dalam pakatan pembangkang. Bila hendak beritahu jumlah keahlian sebenar PPBM?

Hujung minggu ini sudah masuk Jumaat ke 43, PPBM ditubuhkan. Ramai juga hendak tahu, parti yang ada satu kerusi ada berapa ramai ahli di seluruh Malaysia?

Susah sangatkah hendak beri angka itu?


Tulisan :
Beruang Biru
BB474, Selasa
20 Jun 2017


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.