..

..

PANAS !! LAPORAN KAJIAN EIA BELUM SIAP TAPI SUDAH BAYAR RM209 JUTA ??

on Tuesday, June 27, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Apa sudah jadi kepada CAT kerajaan DAP ? Laporan kajian projek belum siap tapi sudah bayar penuh kepada syarikat konsesi ??

Untung banyak la syarikat ini ,  kerja belum siap sudah dpat duit ratusan juta daripada kerajaan ?? Kalau lah projek terowong ini mendapat bantahan dan tidak jadi dibuat , yang rugi adalah kerajaan dan rakyat Pulau Pinang. 

Ini duit rakyat bukan duit kerajaan DAP .  Rakyat berhak tahu isu ini dan kenapa bayaran penuh dilakukan biarpun laporan kajian masih belum siap . 

 SPRM wajar melihat isu skandal ini dan adakah ia mematuhi prosedur  pembayaran  kewangan projek kerajaan ?? 





GEORGETOWN - Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa memperjelas isu pembayaran bagi Kajian Impak Alam Sekitar (DEIA) projek pembinaan tiga jalan di bawah projek terowong dasar laut.
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan, berkata ia berikutan bayaran penuh bagi kajian itu sudah dilunaskan, biar pun Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) projek terbabit belum siap sepenuhnya.

Katanya, kerajaan negeri juga perlu memperjelas alasan pembayaran penuh itu dibuat apabila rakyat di negeri ini masih berpeluang mengemukakan bantahan terhadap pelaksanaan projek terbabit.

"EXCO Kerajaan Tempatan, Tebatan Banjir dan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow, menjelaskan pembayaran RM209 juta, termasuk bagi DEIA projek terbabit sudah pun dibuat sepenuhnya secara berperingkat kepada syarikat konsesi dengan transaksi terakhir direkodkan pada 22 Mac lalu.
"Persoalannya, kenapa pembayaran penuh dibuat sedangkan EIA sedang dijalankan dan belum diluluskan, selain bantahan terhadap pelaksanaan projek ini masih boleh dikemukakan sehingga 19 Julai depan, " katanya ketika menghubungi BH, hari ini.



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.