..

..

KOS KAJIAN : KENYATAAN 2 EXCO BERCANGGAH BUKTI KERAJAAN DAP MENIPU RAKYAT

on Thursday, June 29, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mempertahankan bayaran perundingan yang kini menjadi pertikaian banyak pihak jelas bercanggah dengan apa yang telah dibentangkan oleh YB Lim Hock Seng (DAP - Bagan Jermal) sewaktu Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini. 

Sehubungan dengan kenyataan YB Chow Kon Yeow pada 24 Jun 2017 dalam usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mempertahankan bayaran perundingan kepada Zenith Construction yang dikatakan 400% lebih tinggi dari skala dibenarkan; YB Chow telah menyatakan bahawa jumlah RM177.5 juta yang telah dibayar sepenuhnya itu adalah termasuk bayaran bagi Kajian DEIA.

YB Datuk Sr Muhammad Farid Saad , Adun Pulau Betong dalam kenyataannya berkata "Ini adalah bercanggah dengan jawapan yang diberikan oleh YB Lim Hock Seng semasa menjawab soalan saya di Sidang DUN yang lalu.

"Oleh itu saya mohon YB Lim Hock Seng memperjelaskan samada kenyataan yang dibuat oleh rakannya YB Chow Kon Yeow adalah betul dan benar atau jawapan beliau kepada soalan saya di Sidang DUN pada 22 Mei 2017 adalah betul dan benar?

"Sekiranya kenyataan YB Chow Kon Yeow adalah betul dan benar, maka YB Lim Hock Seng telah memberikan maklumat yang tidak benar dan palsu kepada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan perlu dikenakan tindakan kerana telah mengelirukan DUN dengan memberikan maklumat yang tidak benar dan betul."

Isu bayaran perundingan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikatakan 400% lebih tinggi dari skala dibenarkan bukan sahaja telah menimbulkan keraguan banyak pihak kerana kenyataan yang bercanggah tetapi turut menjadi tanda tanya apabila Ketua Menteri Pulau Pinang enggan mengulas apabila media mengajukan soalan berbangkit.- PENANGONLINE-


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.