..

..

KERAJAAN DAP BAYAR KOS JURURUNDING MAHAL 4 KALI GANDA ! @mpkotabelud

on Wednesday, June 21, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kerajaan Pulau Pinang diberi masa seminggu untuk menjelaskan isu kadar yuran perunding bagi pembinaan tiga jalan di bawah projek terowong dasar laut Pulau Pinang, yang didakwa empat kali ganda lebih mahal daripada kadar yang diwartakan.

 Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata jika kerajaan negeri terus berdiam diri, pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis bagi menyiasat perkara itu. Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata berdasarkan Lembaga Jurutera, kos perundingan berkenaan hanya berjumlah kira-kira RM41 juta, namun bayaran yang dibuat oleh kerajaan Pulau Pinang adalah RM177.5 juta. "

Ini persoalan yang kita nak tahu. Jika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, tidak boleh bagi jawapan yang tepat, maka kita akan berdepan persepsi salah guna kuasa. "Kita tidak kata begitu tetapi jika jawapan yang diberikan tidak tepat dan fokus, saya tidak salahkan orang ramai mempunyai persepsi itu," katanya pada sidang media di sini, hari ini. 

Sementara itu, Abdul Rahman menyifatkan cara Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat mengendalikan siasatan berhubung aset yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) begitu luar biasa dan tidak wajar.

 Katanya, berdasarkan laporan sebuah portal berita, DoJ menyatakan siasatan kes itu masih berlangsung namun jabatan itu terus membuat kenyataan media tanpa menyelesaikan siasatan terlebih dahulu


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.