..

..

KENAPA TAK KERJASAMA JKR BERBANDING LANTIK PERUNDING SWASTA KENAKAN CAJ RM209 JUTA ? @dzainalabidin

on Thursday, June 29, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





UMNO Pulau Pinang melabelkan kerajaan diketuai Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai bongkak selepas didakwa enggan bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi pembinaan tiga lebuh raya utama di bawah projek terowong dasar laut di negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata alasan dikemukakan kerajaan diketuai DAP itu bahawa Malaysia tidak mempunyai kepakaran tempatan untuk menjalankan projek terbabit tidak boleh diterima dan dianggap cetek ilmu.

“Adakah JKR tidak berpengalaman dalam membuat jalan sehingga kerajaan negeri terpaksa melantik perunding swasta yang mengenakan caj RM209 juta bagi beberapa kajian terhadap projek terbabit.

“Saya yakin kos pembinaan projek terbabit dapat dikurangkan jika kerajaan negeri mengetepikan ego dan bekerjasama dengan JKR,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka UMNO Nibong Tebal dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh di Permatang Keling hari ini.

Kelmarin, kerajaan negeri diminta menjelaskan isu pembayaran penuh bagi Kajian Impak Alam Sekitar (DEIA) projek berkenaan yang sudah dilunaskan sekalipun Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) projek terbabit belum siap sepenuhnya.

Sebelum itu, EXCO Kerajaan Tempatan, Tebatan Banjir dan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow mendedahkan bahawa pembayaran RM209 juta untuk kajian DEIA projek terbabit sudah pun dibuat sepenuhnya secara berperingkat kepada syarikat perunding swasta dengan transaksi terakhir direkodkan adalah 22 Mac lalu. . PENANGONLINE 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.