Kumpulan NGO berkenaan yang diketuai Pengerusi Persatuan Anak Jati Pulau Pinang, Datuk Huan Cheng Guan tiba di ibu pejabat SPRM negeri di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.
Sebelum membuat laporan rasmi, Cheng Guan berkata, pihaknya terkejut kerana tanah berkenaan yang bernilai ratusan juta telah dijual secara tanpa tender terbuka kepada syarikat luar negara.
“Disebabkan rundingan terus dalam transaksi ini, rakyat negeri ini telah kerugian hampir RM30.28 juta secara kasar dan kita membuat laporan kepada SPRM supaya perkara ini dapat disiasat,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE