..

..

JAMAL KECAM MAHATHIR BERSUBAHAT PIHAK ASING JATUHKAN PM

on Wednesday, June 21, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




AMPANG – Selepas balik daripada mengerjakan umrah, Ketua Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos tampil menyampaikan tazkirah agama sebelum memulakan sidang media hari ini.
Sebelum memulakan sidang media berkenaan Department of Justice (DoJ) Amerika Syarikat, beliau menyampaikan tazkirahnya berkenaan asal-usul kejadian Nabi Adam A.S selama lebih kurang tiga minit.
Pada akhir tazkirah tersebut, Jamal mengaitkan cerita penanggguhan laknat Allah terhadap iblis dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
“Allah tangguh laknat terhadap iblis sehingga hari kiamat, begitu juga seorang lagi manusia diberi penangguhan iaitu Mahathir Mohamad. Sebab itulah umur beliau panjang sehingga 91 tahun dan masih lagi berupaya melakukan kerja-kerja seperti iblis ini,” katanya.
Sehubungan itu, Jamal mengecam sekeras-kerasnya tindakan Pengerusi PPBM itu yang dikatakan bersubahat dengan pihak luar untuk menjatuhkan kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak.
“Peranan Tun Mahathir dengan konco-konconya yang juga sebagai biawak hidup, membawa jutaan ringgit untuk mamberi rasuah kepada DoJ. Tujuannya untuk menjatuhkan kerajaan Najib dengan fitnah pembelian barang-barang kemas oleh isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor.”
“Kami yakin dan percaya perkara ini satu agenda jahat daripada mantan PM selama 22 tahun ini. Beliau ini diberikan penangguhan usianya seperti iblis. Inilah manusia berwatak dajjal sebelum dajal sebenar muncul ke dunia ini,” katanya.
Semalam, Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Abdul Rahman menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dicetuskan oleh penulis blog, Raja Petra Kamaruddin berkenaan penglibatan Tun mahathir, Tun Daim dalam ‘konspirasi barang kemas’ yang dijalankan leh DoJ.
Bagaimanapun, sehingga kini, Tun Mahathir sendiri masih belum membuat sebarang penafian berkenaan isu tersebut. – MalaysiaGazette


One Response

  1. Anonymous says:

    Setakat menafikan tak boleh diterima. Selama ini pun PPBM/PH ni memfitnah, berbohong dan putar belit.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.