..

..

ISU PEMBAHAGIAN KERUSI TAK SELESAI , KINI IBEREBUT JAWATAN PM

on Friday, June 9, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




KUALA LUMPUR – Belum pun selesai isu pembahagian kerusi, kerjasama politik antara PPBM dan juga Pas, pakatan harapan kini berdepan dengan masalah baru apabila jawatan Perdana Menteri pula menjadi rebutan kepimpinan parti politik pembangkang yang bergabung dalam pakatan harapan.

Demikian ulas Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Zaidi Mohd Said berhubung isu terkini tentang calon Perdana Menteri Pakatan Harapan di mana kini, nama Tun Mahathir pula disebut-sebut untuk kembali menjadi PM, sekiranya pakatan pembangkang menang dalam PRU ke 14 ini.

Menurut beliau lagi, usaha untuk menaikkan semula Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri jika pakatan menang, sudah pasti tidak disenangi oleh parti seperti PKR atau PAN, di mana mereka dilihat lebih pro dan cenderung kepada Anwar Ibrahim.

“Saya yakin apabila nama Tun Mahathir mula ditonjolkan oleh kepimpinan pembangkang seperti Zaid Ibrahim dari Dap, sudah tentu ianya mengundang rasa tidak puas hati berhubung perkara tersebut.

“Kita boleh lihat daripada reaksi komen Anwar Ibrahim baru-baru ini yang ternyata tidak senang dengan usaha tersebut. Apatah lagi, apabila pemimpin yang dilihat amat kuat berkempen untuk itu adalah pemimpin yang datang daripada parti Dap.

“Perkara ini sudah tentu menimbulkan syak wasangka dan tanda tanya kepada PKR terhadap Dap. Mengapa Dap membiarkan salah seorang pemimpinnya bersuara dan seolah-olah berkempen agar Tun Mahathir kembali menjadi PM?

“Adakah Dap menyokong perkara tersebut dan kenyataan mereka yang mahukan Wan Azizah sebagai PM baru-baru ini hanya lakonan semata-mata. Dan Guan Eng juga enggan memberikan komen ketika diminta mengulas perkara ini.

Apatah lagi tambah beliau, telah terbongkar pertemuan antara Lim Kit Siang dan Tun Mahathir sepertimana yang didakwa oleh bekas Naib Presiden Dap, Tunku Aziz, di mana pertemuan sulit itu bertujuan untuk berunding tentang perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

“Malah telah timbul juga spekulasi yang mendakwa bahawa Dap sebenarnya berkehendakkan dua jawatan tertinggi itu maka sebab itulah berlakunya rundingan antara Lim Kit Siang dan Tun Mahathir seperti yang didedahkan Tunku Aziz itu.

“Apa yang lebih membimbangkan rakyat ialah, adakah wujudnya persetujuan yang terselindung di sebalik rundingan itu di mana bukan sahaja jawatan perdana menteri bahkan besar kemungkinan jawatan-jawatan lain juga telah diagihkan oleh Tun Mahathir dan Lim Kit Siang dengan mengenepikan PKR dan PAN.

“Dan segala syak wasangka serta persoalan yang timbul ini akhirnya akan mewujudkan satu masalah baru yang membabitkan rasa tidak puas hati bukan saja dikalangan pemimpin pembangkang, tetapi saya yakin ianya turut merebak sehingga ke akar umbi di dalam pakatan harapan.

“Mereka seolah-olah sudah jatuh ditimpa tangga apabila masalah-masalah sebelum ini berhubung isu pembahagian kerusi, isu CEC Dap, isu persefahaman, dan beberapa isu lain masih tidak dapat diselesaikan,timbul pula masalah baru seperti ini yang menjadikan pembangkang semakin berkecamuk dan celaru,”ujarnya


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.