..

..

DANA RM230 juta BUKAN WANG PENDEPOSIT TH

on Tuesday, June 20, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Dana RM230 juta yang digunakan bagi Program Ziarah Kasih Ramadan Al-Mubarak Tabung Haji (TH) tidak menggunakan wang rakyat, sebaliknya daripada Yayasan Tabung Haji dengan kerjasama UMNO.
Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata program menjelajah ke 67 kawasan Parlimen itu adalah program mendekati rakyat sempena sambutan Aidilfitri.
“Peruntukan bagi program ini juga bukan duit pendeposit TH, sebaliknya kita melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat untuk membantu rakyat yang memerlukan dengan kerjasama UMNO.
“Daripada RM230 juta itu, setiap Parlimen akan menerima RM300,000 dan Sandakan adalah Parlimen ke-55 yang saya kunjungi,” katanya berucap pada program itu di Dewan Masyarakat, Selasa.
Pada majlis itu, Azeez menyampaikan sumbangan wang tunai  RM200 seorang kepada 1,500 penerima. Selain daerah ini, program turut diadakan di Semporna hari ini


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.