..

..

BAYAR USD 5JUTA YAYASAN CLINTON AGAR DOJ SERANG 1MDB

on Monday, June 19, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




KENYATAAN MEDIA KETUA PEMUDA UMNO PAHANG

Jika dakwaan bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad sanggup membayar USD 5 juta kepada Yayasan Clinton semata-mata untuk tujuan dan agenda politiknya; iaitu supaya DoJ membuat pengumuman berkenaan 1MDB adalah benar, ia merupakan satu pengkhianatan dan jenayah berat kepada negara.

Mungkin jika dibandingkan dengan kekayaan anak-anak beliau yang diperolehi semasa zaman pentadbirannya, USD 5 juta itu adalah jumlah yang kecil, tetapi saya masih sangsi daripada sumber manakah beliau mendapatkan duit tersebut, adakah dengan duit anak-anaknya atau pun duit beliau sendiri hasil yang dikumpul sendiri semasa beliau mentadbir yang dikatakan sangat 'bersih' ataupun duit parti baharu beliau.

Adakah ahli dan penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) rasakan tindakannya memberikan USD 5 juta kepada Yayasan Clinton, satu yayasan luar yang tiada kepentingan adalah tindakan yang adil buat mereka?

Jika benar semua tindakan Tun M kini adalah untuk membela nasib rakyat, mengapa tidak menggunakan USD 5 juta ; jumlah yang sangat besar itu untuk membantu rakyat yang miskin dan memerlukan kerana saya percaya USD 5 juta itu dapat membantu ramai orang.

Jika perbuatan Tun M ini tidak dipersoalkan saya tidak tahu dimana lagi rasional pemikiran penyokong PPBM dan pembangkang dalam menegakkan kebenaran.

Kini saya dan rakyat Malaysia mula sedar, mengapa hari demi hari semakin banyak akar umbi parti baru itu kecundang dan keluar parti dengan alasan kepincangan pucuk pimpinan, kerana mereka mula sedar perjuangan pengerusinya bukanlah satu perjuangan untuk rakyat, sebaliknya hanya untuk melindungi diri, dendam dan hanya satu lakonan yang semakin menampakkan kebenarannya.

SHAHAR ABDULLAH
18 Jun 2017


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.