..

..

VIDEO : KURANG AJAR DAVID TEO DIBALAS PENAMPAR MAT OVER

on Thursday, May 18, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Malam tadi Sesi dialog Transformasi Nasional 50 (TN50) yang diadakan khas untuk penggiat seni kecoh selepas pengarah filem, Datuk David Teo dikasari di hadapan Perdana Menteri.

 Kejadian berlaku apabila moderator program, Datuk Rosyam Noor meminta Teo mengawal suara dan tingkah laku ketika diberikan peluang untuk melontarkan pandangan.
 Pada waktu yang sama juga Datuk Seri Najib Razak berada di atas pentas untuk mendengar pandangan yang ingin disuarakan pengarah berkenaan.
 Teo sebelum itu mendakwa Najib hanya mendengar pandangan daripada sebelah pihak sahaja.
 Sebaik sahaja Teo diberikan mikrofon dan bertindak memberi pandangannya, seorang lagi artis, Sulaiman Yassin atau dikenali sebagai Mat Over meluru ke arah pentas utama dan secara tiba-tiba menampar Teo, kerana ‘kurang ajar’ di hadapan Najib.
Ia segera disuraikan oleh pasukan keselamatan yang membawa kedua-dua artis berkenaan ke luar pentas.
TN50 khas bersama penggiat seni itu disiarkan secara langsung menerusi Facebook Najib.

Sebagai rakyat , tindakan David Teo tidak menghormati majlis TN50 . Bayangkan sikap kebudak-budakan David cukup terus dengan mengambil microphone daripada Datuk Rosyam Noor tidak boleh diterima sama sekali .

Malah cara terjerit -jerit ketika bertanyakan soalan kepada PM telah membuatkan Mat Over naik berang lalu terjadi insidem penampar .









Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.