..

..

TAJUK AKHBAR THE STAR " Malaysian Terrorist Leader " DIKECAM

on Monday, May 29, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





Semalam ramai netizen dan umat Islam mengecam tajuk muka depan akhbar The Star yang mengelirukan ini . Mereka mendakwa akhbar ini seolah olah mengaitkan Islam dengan pengganas.

Kita  harap  penyelesaian bukan lagi  sekadar mohon maaf , malah  pertanggungjawaban editorial dengan mendesak Ketua Editor The Star supaya meletak jawatan dan permit penerbitan The Stat digantung selama 3 bulan sebagai  bukti kerajaan serius menangani isu ini dan pengajaran kepada  media lain supaya lebih bertanggungjawab.



Laporan polis juga turut dibuat bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap akhbar ini .



Laporan Polis :

1.Saya ingin melaporkan kepada pihak polis berkaitan,

Penerbitan Berita Oleh Akhbar The Star Pada 27hb Mei 2017 di Halaman Utama yang Bertajuk ,

Malaysian Terrorist Leader


Dimana di laman utama akhbar tersebut telah meletakkan berita tentang pengganas drpd Malaysia ,

akbar the star juga meletakkan satu gambar besar umat Islam sedang bersembahyang yg tidak berkaitan dgn tajuk utama berita tentang pengganas tersebut ,

Paparan muka utama itu sangat jelas membawa implikasi persepsi yang salah dan punyai unsur niat jahat dan juga berunsur penghinaan kepada Agama Islam ,

2. Akhbar The Star dalam cara laporan tersebut dilihat  punyai elemen mala fide yang jelas tidak sesuai dalam Penerbitan Di Halaman Utama Akhbar itu dan ianya Berunsur Provokasi Strategik , dan mengguris perasaan umat Islam di bulan mulia Ramadhan al-Mubarak ini.

Saya mohon pihak polis utk menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan undang-undang yang perlu agar sensiviti umat Islam dihormati .

Sekian laporan saya.

Datuk Dr. Mohammad Fairus Bin Hj Khairuddin Al-Hassani.
Mantan Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang.
Ahli Cawangan UMNO Nakhoda Kiri, Batu Caves, Selangor D. E.
28hb Mei 2017

KENYATAAN MEDIA PERKASA BERHUBUNG KEBIADAPAN AKHBAR ☆THE STAR☆

Adalah KAMI, Pertubuhan Pribumi Perkasa  Malaysia (PERKASA) merujuk kepada laporan muka hadapan akhbar The Star,  27 Mei 2017.

2. KAMI kesal dan sangat kecewa olahan tajuk berita ( _headline_ ) The Star *Malaysian Terrorist Leader*  di muka hadapan hari ini seiring dengan gambar umat Islam yang sedang menunaikan solat tarawih pada muka hadapan akhbar tersebut.

3. KAMI yakin dan percaya, ia sesuatu yang *DISENGAJAKAN*  untuk memberi gambaran negatif terhadap umat Islam Malaysia dan/atau  seluruh dunia.

  *DAN KAMI PERCAYA* ia  bukannya suatu kesilapan oleh/samada  penerbit atau editorial akhbar tersebut.

4. Rekod akhbar The Star selama ini sememangnya menggambarkan sikap  anti Islam, anti nasional dan/atau  provokasi melampau terhadap isu-isu sensitif antara kaum dan agama.

5. Justeru itu, *KAMI di PERKASA* menuntut agar pihak penerbit dan/atau editorial akhbar The STAR menyatakan sikap dan pendirian mereka serta meminta maaf kepada umat Islam Malaysia atas kebiadapan dan sikap kurang ajar mereka.

6. *PERKASA* tidak akan teragak-agak mengambil apa sahaja tindakan yang perlu berlandaskan undang-undang negara demi meladeni kebiadapan dan sikap kurang ajar The STAR ini.

Sekian, terima kasih.

*DATO' HJ. RUSLAN HJ. KASIM*
Ketua Penerangan Perkasa Malaysia.
28 Mei 2017 / 4.00.ptg.

*GAMBAR KAITKAN UMAT ISLAM DENGAN KEGANASAN : GENG USTAZ KESAL*

*Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak @GENG USTAZ amat kesal dengan Akhbar harian The Star* yang telah menyiarkan gambar umat Islam yang sedang menunaikan solat berjamaah dikaitkan dengan berita keganasan yang sedang bergolak di Filipina serta IS pada edisi 27 Mei 2017 lepas.

Gambar yang disiarkan berupa *umat Islam sedang menunaikan solat dikaitkan dengan berita keganasan* samada sengaja mahupun tidak disengajakan adalah berupa satu penghinaan dan perbuatan yang menyinggung hati umat Islam. Apalagi jikalau berniatkan jahat untuk membawa persepsi negatif dan buruk terhadap Islam dan umatnya yang hidup di Malaysia dengan harmoni serta aman damai ini.

Apakah Akhbar *The Star tidak pernah mengambil pengajaran dan iktibar* beberapa tindakan sebelum ini oleh beberapa pihak yang cuba menghina Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan juga sengaja membangkitkan fitnah dalam masyarakat menerusi akhbar?. Umat Islam di negara ini sudah muak dan amat tidak boleh menerima sikap dan perbuatan seperti ini seolah-olah Akhbar The Star tidak mengenal suasana keharmonian dan tatacara budaya hidup masyarakat dalam negara ini?.

Walaupun pihak akhbar The Star telah menyiarkan permohonan maaf,  *Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak@GENG USTAZ* tetap mengecam dengan sekeras-keras perbuatan penyiaran gambar sebegini dan menuntut pihak Akhbar The Star dan lain-lain media tidak mengulanginya pada masa hadapan.

*Sejahtera Bersama Islam*

Ustaz Norazli Musa
Presiden Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak@GENG USTAZ
28 Mei 2017.


KENYATAAN AKHBAR

Akhbar harian The Star digesa meminta maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini kerana menyiarkan tajuk berita utama berkenaan 'pengganas' disertai dengan gambar umat Islam sedang bersolat terawih di halaman muka depannya bertarikh 27 Mei 2017.

Meskipun tajuk berita tiada kena mengena dengan gambar tersebut, ia boleh menyebabkan orang ramai  tersalah tafsir apa yang disiarkan akhbar The Star seolah-olah merujuk pengganas kepada orang Islam dengan meletakkan kedua-dua berita dan gambar tersebut dalam satu muka surat besar di halaman depan.

The Star sebagai salah satu akhbar 'senior' berbahasa Inggeris utama di Malaysia sepatutnya lebih peka dengan sensitiviti di negara ini yang majoriti rakyatnya beragama Islam lebih-lebih lagi dengan banyak insiden keganasan yang terjadi di luar negara kini.
Tambahan pula umat lslam  menyambut hari pertama bulan ramadan, bulan mulia umat lslam.

Sama ada penyiaran muka depan akhbar itu disengajakan atau tidak, saya menggesa pengarang The Star untuk meminta maaf dengan seluruh umat Islam dan berjanji akan lebih sensitif dalam menyampaikan berita bagi mengelakkan tercetusnya ketegangan dalam komuniti berbilang kaum di negara ini lebih-lebih lagi memberi persepsi yang salah tentang agama Islam.

Saya juga menggesa pihak berwajib yang bertanggungjawab untuk melakukan pemantauan dalam memastikan tiada berita yang boleh mencetuskan kemarahan mana-mana agama dan kaum disiarkan.

Sesungguhnya media yang merupakan medium penyampaian berita memainkan peranan yang sangat penting dalam
menyampaikan laporan yang tepat dan tidak mengelirukan kepada rakyat.

SHAHAR ABDULLAH
KETUA PEMUDA UMNO PAHANG
28 Mei 2017







2 Responses

  1. Anonymous says:

    batalkan terus permit penerbitan supaya menjadi pengajaran kepada semua.ketegasan di perlukan

  2. Anonymous says:

    Akhbar the star ni mmg sengaja menaikkan kebencian org rmai trhdp agama Islam sjk dr dahulu lg. Byk artikel dan sikap biadap mereka yg jelas anti Islam. Sudah tiba masanya tindakan undang2 yg tegas diambil ke atas mereka dan peringatan kpd smua rakyat Malaysia agar saling hormat mghormati trhadap agama & masyrkt yg lain. Jgn salahkn rakyat Malaysia klu akhbar the star antara punca kebencian perkauman dan agama suatu hr nanti..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.