..

..

TAHNIAH ! TABUNG HAJI IKRAR BEBAS RASUAH

on Wednesday, May 31, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH TH

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menganjurkan Majlis Menandatangi Ikrar Bebas Rasuah dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bertempat di bangunan TH, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Majlis yang diadakan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH.

Majlis turut disertai oleh  YBhg. Datuk Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.

Penganjuran majlis ini menyatakan sokongan berterusan TH dalam memerangi rasuah sejajar dengan amalan serta tadbir urus korporat yang terbaik.

Majlis turut dihadiri oleh Ahli-ahli Lembaga PengarahTH, wakil daripada anak-anak syarikat TH, pesuruhjaya-pesuruhjaya SPRM dan pengurusan kanan TH.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.