..

..

SKANDAL PEEL AVENUE , TIADA TENDER TERBUKA KERAJAAN DAP

on Monday, May 29, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Persoalan2 bagi SKANDAL PENJUALAN TANAH RAKYAT PULAU PINANG DI PEEL AVENUE ;

 1.Mengapa perlu dijual kepada hospital swasta?

2.Mengapa perlu dijual tanah rakyat kepada hospital swasta mengutamakan keuntungan?

3.Mengapa pulak perlu dijual dengan penilaian kerajaan JPPH kepada syarikat swasta?

4.Mengapakah penilaian pasaran semasa swasta tidak dijadikan asas bagi mendapatkan keuntungan lebih kepada kerajaan negeri kerana PEMAJUAN YG DIRANCANG yakni MEDICAL CITY akan menjana berbilion keuntungan apabila dijual kelak?

5.Mengapa ada bangunan komersial lain di Medical City seperti hotel Mewah dan bangunan komersial lain?

6.Apakah rasional tidak diadakan TENDER TERBUKA seperti yang diwar warkan?

7.Mengapa pulak baki bayaran RM 126 juta hanya perlu dibayar selepas 2 tahun?..lesen hospital tidak boleh dijadikan alasan kerana pada hakikatnya MEDICAL CITY tidak hanya melibatkan hospital mewah swasta?

8.Mengapa kerajaan negeri sanggup rugi RM30 juta apabila membenarkan bayaran selepas 2 tahun?..Tarikh penilaian 3/9/2015 dan snp ditandatangani pada 19/12/2016..baki bayaran selepas hampir 3 tahun dari tarikh penilaian..(126jutax8% setahunx3 tahun=RM30.24 juta)

9.Mengapa DAP selalu mengutamakan Pemaju apabila Bayaran pendahuluan 30juta dari 156 juta telah hilang dengan kerugian fardah keatas 126 juta akibat kerugian apabila tempoh 2 tahun diberikan kepada pemaju swasta?

10.mengapakah penilaian jpph tiada syarat nyata kegunaan memandangkan tanah ini akan hanya diberi milik pajakan 99 tahun?

11.Bukankah penilaian perlu dibuat semula kerana syarat dan harga jualan trlah berubah?

12.Berapakah density pembinaan yang diberikan? Adakah seperti apa yang diberikan kepada pemaju2 tertentu di Penang yakni sebanyak 156unit/seekar?

13.Tahukah lge bahawa tanah 6.4 ekar ini boleh dibina sebanyak hampir 1000 unit rumah mampu milik di kawasan timut laut yg memang ada banyak keperluan perumahan mampu milik?

14.Bukankah Syarat Nyata,Jenis kegunaan tanah dan sekatan kepentingan yg jelas perlu diletakkan dalam laporan prnilaian kerana kini terdapat pulak hotel dan bangunan komersial lain selain hospital seperti yg dinyatakan oleh Ketua Menteri kesayangan Muhsin Latheef?

Jawab yg ni dulu...!!!

FB : Shaik Hussein Mydin





Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.