..

..

SIGNIFIKAN FELLOWSHIP RIDE 2017 DI PMTG PAUH

on Monday, May 8, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Tahniah dan syabas Umno Permatang Pauh ,  walaupun cubaan untuk sabotaj program ini apabila pihak MPSP telah menurunkan semua banner sehari sebelum program namun kehadiran peserta dan orang ramai adalah luar dari jangkaan sebenar.

Sewajarnya acara sukan seperti ini  tidak perlu diganggu walaupun penganjurnya bukan kerajaan negeri . 

Permatang Pauh Fellowship Ride 2017 merupakan acara sukan berbasikal paling besar di Pulau Pinang pada tahun ini hingga menarik penyertaan dalam dan luar negara. 

Kehadiran Menteri Belia dan Sukan  YB Khairy Jamaluddin merasmikan program anjuran  Umno Pmtg Pauh menandakan sokongan besar beliau kepada pimpinan Bahagian untuk merampas kembali kerusi Parlimen ini dari tangan pembangkang.

Jika kerajaan DAP gah dengan program larian mereka di Butterworth baru baru ini  , program berbasikal terbesar di Pulau Pinang ini  ternyata lebih signifikan kerana ia anjuran Umno sendiri. 

Biarpun ada pihak memandang sinis adakah program berbasikal ini boleh menarik undi , sebenarnya mereka lupa ia sebenarnya telah membuka mata rakyat di sini bahawa jika Umno merampaskan kembali Parlimen ini soal kebajikan , pendidikan dan pelbagai aktiviti manfaat akan diperoleh. 








Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.