..

..

NAJIB , NTP BAWA KDNK MALAYSIA MELEBIHI SINGAPURA

on Wednesday, May 31, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




KEKUATAN NAJIB
_29 Mei 2017_

*Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Jauh Lebih Baik Sejak 2012*

1. Dalam tempoh 48 tahun iaitu daripada 1963-2011, Malaysia hanya 5 kali mencapai pertumbuhan ekonomi melebihi Singapura berbanding negara tersebut mencapai pertumbuhan ekonomi 43 kali melebihi Malaysia.

2. Perkara ini menyebabkan  Singapura jauh meninggalkan Malaysia dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita.

3. Sejak Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri pada 2009 dan memperkenalkan Program Transformasi Nasional atau National Transformation Programme (NTP) pada 2010, KDNK Malaysia lebih baik berbanding Singapura:

*2012 - Malaysia (+5.5%), Singapura (+3.7%)*
*2013 - Malaysia (+4.7%), Singapura (+4.7%)*
*2014 - Malaysia (+6.0%), Singapura (+4.68%)*
*2015 - Malaysia (+5.0%), Singapura (+2.0%)*
*2016 - Malaysia (+4.2%), Singapura (+1.8%)*

*Suku Pertama 2017 - Malaysia (+5.6%), Singapura (+2.7%)*

4. Malaysia telah mendahului Singapura dalam pertumbuhan ekonomi setiap tahun dari 2012 – 2016 iaitu sebanyak 5 kali.

5. Pada tahun ini, Malaysia menganggarkan dapat mendahului Singapura sekali lagi. Walaupun pada suku pertama sahaja, kita dapat lihat pertumbuhan KDNK kita pada 5.6% berbanding Singapura yang hanya 2.7%.

6. Malaysia kerap diserang dari dalam dan luar negara oleh pembangkang dengan membawa propaganda negatif serta pembohongan, namun fakta sebenar tidak dapat dinafikan. Inilah sebabnya International Monetary Fund (IMF) berkata ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesat berbanding negara lain.

7. Selain itu, Malaysia turut mendahului Korea Selatan, Taiwan dan Hong Kong dari segi pertumbuhan KDNK sejak 2011.

*Lim Sian See*


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.