..

..

MAHATHIR ,PPBM KENA GAME ANWAR CALON PM PAKATAN

on Monday, May 22, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Belum lagi menang dan berkuasa, puak Pakatan yang tiada Harapan ini dah berebut siapa nak jadi PM.

 PKR sejak 2008 lagi mahu Anwar sebagai PM tetapi bila PPBM masuk Pakatan Harapan jelas nampak ada masalah yang kronik dalam pakatan pembangkang ini


 Kongres Nasional PKR 2017 pada 21 Mei 2017 menjadi saksi betapa Penasihat Pakatan Harapan, Mahathir, kena "game" dengan PKR, DAP dan PAN. Mahathir dimalukan bila diajak sama mengangkat plakad 'Anwar PM Ke-7'.


 Tetapi beliau terus ego tidak mahu mengangkat plakad berkenaan walau hanya di depan matanya sahaja. Untuk menutup malu, Mahathir buat buat main telefon. Ini kerana dalam hati Mahathir, dia masih mahukan anaknya sendiri Mukhriz diangkat sebagai Perdana Menteri ke-7. Sebab itu dia enggan mengangkat plakad tersebut.




 Malahan dalam respon terhadap perkara itu, Mukhriz antara orang pertama yang berkata bahawa bakal PM adalah ditentukan oleh perbincangan Pakatan Harapan, bukannya PKR.


 Ternyata PPBM jelas dipinggirkan dalam Pakatan Harapan kerana DAP tahu parti bunga tak kuat mana dan pergolakkan dalaman mereka cukup teruk. Itu DAP setuju angkat Wan Azizah sebagai PM dan risalah kabinet diedarkan oleh PKR semasa Kongres ini sebagai isyarat .



KUALA LUMPUR -  Ketua UMUM Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah individu yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Itu pendirian Angkatan Muda Keadilan (AMK), apabila Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad bertegas mahukan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang pada PRU14.
 Katanya, Anwar adalah individu paling layak menyandang jawatan itu berdasarkan kejayaan dan rekod kepimpinan beliau.
 “Tanpa ragu-ragu AMK mengusulkan kepada parti dan Pakatan Harapan supaya kita menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri kita dalam PRU-14.
 “Kejayaan beliau membina gerakan massa yang luas, merentas ideologi serta berkomunikasi dengan rakyat tiada tandingan,” katanya dalam ucapan dasar sempena Kongres Nasional PKR di sini hari ini.
 Nik Nazmi dalam pada itu, mengakui rakyat di negara ini masih meragui kemampuan pakatan pembangkang untuk mentadbir negara disebabkan kegagalan menguruskan perbezaan secara matang.
 Katanya, parti pembangkang perlu jujur mengakui kelemahan itu sehingga pengundi yang memilih pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berasa kecewa, marah dan tidak berpuas hati dengan perkembangan yang berlaku.
 “Ia adalah tragedi besar jika kita mengambil kira potensi peralihan kuasa buat kali pertama sejak merdeka. 
 “Mentaliti pembangkang yang masih menebal menyebabkan kita gagal mengurus perbezaan secara matang,” ujarnya.
 Nik Nazmi dalam pada itu menyeru rakan pembangkang membina gandingan kemenangan yang lebih luas dengan berusaha mendapat undi Bumiputera terutama di kawasan FELDA, kem tentera serta di Sabah dan Sarawak.-


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.