..

..

Jentera JR PLUS tambah kekuatan UMNO P.Pinang di PRU14

on Sunday, May 21, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


UMNO Pulau Pinang hari ini melancarkan jentera JR PLUS Peringkat Negeri yang menggabungkan jentera Puteri dan Pemuda dan  disertai parti komponen BN  dalam satu pasukan Jalinan Rakyat Wanita UMNO. Ia dirasmikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno P.Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman . 

Ini sudah tentunya akan menambah lagi kekuatan Jentera Jalinan Rakyat yang diterajui Wanita Umno .

Jentera Jalinan Rakyat (JR ) Wanita Umno  jelas cukup digeruni parti pembangkang kerana semangat yang jitu jenteranya membantu kempen UMNO dan BN bergerak dari rumah ke rumah bertemu rakyat 



Bagi UMNO Pulau Pinang ,  selepas dilancarkan JR Plus , kesepaduan dan bergerak dalam satu pasukan pastinya akan lebih tersusun dan fokus dengan disertai juga parti komponen BN .

Menjelang PRU14 , BN dan UMNO Negeri  hanya mensasarkan menambah kerusi di sidang DUN daripada 10 kerusi agar menjadi pembangkang yang kuat .

Sasaran ini cukup realistik memandangkan sentimen  sokongan pengundi Cina terhadap DAP masih lagi menebal biarpun pelbagai isu dan janji tidak ditunaikan kerajaan DAP kepada rakyat selepas 9 tahun berkuasa.




UMNO sudah tentunya akan fokus kepada 15 DUN ditandingi mereka dengan pertahankan kerusi sedia ada dan merampas kembali yang kalah .

Winning mentaliti dan mood election perlu ada dikalangan jentera JR PLUS menjelang bahang PRU14 ini . 




One Response

  1. Sy cadangkan... jr tumpukan bantu dan tarik org melayu..
    Bole jugak dpt 1/3 sokongan seluruh p.pinang..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.