..

..

HUKUM GST ADALAH HARUS - JAKIM

on Monday, May 1, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Kenyataan JAKIM mengenai GST: Mufti PP seeloknya buat kajian terlebih dulu tentang sistem percukaian dan ekonomi sebelum buat kenyataan melulu..

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

ISU CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN
(GOOD AND SERVICES TAX - GST)
____________________

1. Jakim mengambil perhatian dan memandang serius berkaitan isu Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (Good And Services Tax - GST) yang disiarkan oleh media massa. Merujuk kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21-22 Oktober 2014 telah memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau Ulil Amri untuk mengutip cukai seperti Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) selagimana terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat.

2. Sebelum GST dilaksanakan, banyak kajian telah dijalankan secara terperinci untuk melihat tahap keperluannya. Kerajaan melaksanakan GST ini adalah bagi memenuhi tujuan ekonomi, tujuan sosial dan kepentingan rakyat meliputi aspek kesihatan, pendidikan, tempat rekreasi, kebajikan dan keselamatan. Kerajaan dibenarkan untuk mengutip cukai demi untuk memenuhi kepentingan umum (maslahah) ini.

3. Inisiatif Kerajaan Ini adalah selaras dengan pandangan para ulama’ seperti Ibn Hazm, Ibn al-Musili, al-Syafi’i, al-Syatibi dan Ibn Khaldun yang membenarkan Kerajaan untuk mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahat umum pentadbiran negara. GST juga bukan sahaja dilaksanakan di Malaysia, tetapi juga telah dilaksanakan di Negara-negara Pertubuhan Islam Sedunia (OIC) seperti Turki, Maghribi, Pakistan, Mesir, Kazakhstan, Bangladesh, Algeria, Azerbaijan dan Uzbekistan. Malahan Arab Saudi juga sedang membuat persiapan ke arah tersebut.

4. Justeru, Jakim menasihati semua pihak supaya memahami dengan lebih teliti kaedah pelaksanaan GST di Malaysia sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh mengundang salah faham di kalangan masyarakat.

Sekian

TAN SRI DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
30 April 2017


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Gaji nak ..Kalu GST tak ade..sanggup ke mufti PP kerja Tanya Gaji..patut la setengah orang cakap ramai juga mufti mufti makan Gaji buta.

  2. Anonymous says:

    Kajian terperinci perlu dibuat oleh pihak yg bertanggungjawab.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.