..

..

DAP MULA FITNAH BN, ALIH ISU KELEMAHAN KERAJAAN NEGERI

on Monday, May 22, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Cukup memalukan parti   DAP yang semakin terdesak  hingga terpaksa  menuduh BN guna wanita sebagai simbol seks.

Mereka terpaksa kitar semula isu  bagi memburukkan MP BN YB Datuk Shahbudin Yahya di sidang DUN yang sepatutnya bincangkan isu rakyat negeri ini .

Ini semua ada taktik mereka setiap kali di sidang DUN yang cuba mengalihkan isu membabitkan  kelemahan pentadbiran dan rakyat negeri ini dengan isu lain yang tak relevan .



Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang mula panas apabila YB Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (BN Teluk Bahang) diarahkan oleh Speaker supaya meninggalkan dewan dan dikenakan hukuman gantung selama sehari daripada menghadiri Sidang Dewan hari ini.

Kenyataan tersebut dibangkitkan oleh YB R.S.N Rayern (DAP Seri Delima) ketika perbahasan dan dipercayai merujuk kepada isu kontroversi membabitkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor , YB Datuk Shabudin Yahaya berkenaan isu perkahwinan dengan mangsa rogol.

YB Shah Headan yang tidak berpuas hati dengan tuduhan tersebut bangkit dan mendesak supaya YB Rayern menarik balik kenyataan tersebut yang disifatkan beliau sebagai melampau dan keterlaluan.

Speaker kemudiannya mengarahkan YB Shah Headan supaya duduk dan pada ketika ini berlaku perang mulut antara kedua-dua Adun terbabit apabila YB Shah Headan turut meminta supaya YB Rayern juga untuk duduk.

Serentak dengan itu Speaker kemudiannya telah mengarahkan kedua-dua Adun terlibat supaya meninggalkan dewan dan dikenakan pengantungan selama sehari.

YB Shah Headan sewaktu ditemui berkata adalah tidak wajar kenyatan seperti itu dibangkitkan kerana jelas ia merupakan tuduhan yang disengajakan apatah lagi YB Shabudin tidak berada dalam dewan dan tidak dapat mempertahankan dirinya.

Beliau turut mempersoalkan keputusan Speaker kerana tindakan beliau hanyalah untuk mempertahankan BN daripada tuduhan menggunakan wanita sebagai simbol seks yang dilakukan dengan niat dan disengajakan oleh YB Rayern


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.