..

..

CHECKMATE UNTUK GUAN ENG, BN USUL DESAK KETUA MENTERI BERCUTI @dzainalabidin @RRafizal

on Tuesday, May 2, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Ketika parti pembangkang sering bercakap soal intergriti dan rasuah , mereka ternyata membisu bila menyebut tentang tuduhan rasuah salahgunakan kuasa melibat Guan Eng dalam kes rumah banglonya .

Rafizi yang gah itupun seperti kucing bila ditanya tentang mengapa tidak mendesak Guan Eng bercuti dan melepaskan jawatan . Sebaliknya dalam kes Adam Rosly dia berani  mendesak dan cuba menjadi hero disebabkan Ketua AMK Ampang itu adalah kartel Azmin.

Malah dalam kes rasuah melibatkan pemimpin UMNO di Johor , bekas Exco terbabit telah meletakkan jawatan beliau selepas didakwa di mahkamah .

Jadi , tindakan BN Pulau Pinang semalam mengusulkan ke Sidang DUN agar Guan Eng dan semua penjawat awam yang didakwa di mahkamah sehingga selesai keputusan kes merupakan langkah tepat . 

Amat memalukan bila penjawat awam yang lain boleh bercuti hingga siasatan selesai tetapi Ketua Menteri Pulau Pinang masih lagi  berkuasa  tanpa rasa apa-apa . 






TASEK GELUGOR - Usul mendesak agar Lim Guan Eng mengambil cuti daripada tugasnya sebagai ketua menteri telah diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata usul itu telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid baru-baru ini, untuk mendapat kelulusan untuk dibahaskan dalam persidangan DUN yang akan bermula 19 Mei ini.

Katanya, Jahara turut mengemukakan satu lagi usul supaya semua penjawat awam yang didakwa di mahkamah perlu bercuti sehingga selesai keputusan kes masing-masing.

"Kedua-dua usul itu mempunyai objektif yang sama iaitu penjawat awam yang didakwa harus bercuti supaya tidak menjejaskan perbicaraan kes kerana prinsip itu telah termaktub dalam tatacara penjawat awam," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri, di sini hari ini.

Beliau berharap Speaker boleh meluluskan kedua-dua usul itu supaya ia dapat dibahaskan dalam persidangan kali ini berikutan Lim kini berdepan pendakwaan di mahkamah atas dua tuduhan rasuah.

Lim menghadapi dua tuduhan rasuah iaitu berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

sumber - bernama 


3 Responses

  1. Anonymous says:

    2x5..bila MO1 songlap duit apa kerajaan dan BN buat?

  2. Anonymous says:

    Kenapa tak desak Penyamun Besar Lanun Bugis Bercuti???

    Kes Berbillion2 USD tu!!!!!

  3. Anonymous says:

    Klu dah muka tembok dan gila jawatan bukan mudah nak bercuti tu.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.