..

..

CERAMAH RAKYAT BONGKAR PEMBOHONGAN KERAJAAN DAP

on Wednesday, May 24, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Diiringi laungan ‘Hidup Barisan Nasional’ dan ‘Negaraku Malaysia’ Ceramah Rakyat: Negaraku Generasiku yang bertempat di P.044 Permatang Pauh yang menampilkan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menghangatkan Seberang Jaya, Pulau Pinang dengan tegas mengecam pembangkang yang terus-menerus menipu dan membohongi rakyat.
Memulakan ucapan beliau, Rahman menyentuh ketiadaan Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Dr Wan Azizah dengan sindiran kiriman salam buat beliau.
“Saya ingin kirimkan salam saya buat Ahli Parlimen Permatang Pauh yang selalu hilang, Wan Azizah.”
Tambahan beliau lagi, Barisan Nasional Pulau Pinang akan terus menampilkan wajah-wajah untuk mengembalikan Pulau Pinang kepada Barisan Nasional.
“Kita mahu memberikan kelainan dengan iltizam baru dan belajar dari kesilapan yang lepas dengan wujudnya Barisan Nasional versi 2.0.
“Barisan Nasional versi 2.0 akan memperbaiki kesilapan dan versi 2.0 ini akan menyelamatkan rakyat Pulau Pinang daripada Lim Guan Eng dan konco-konconya.
Dihadapan lebih 500 hadirin yang memenuhi Ceramah Rakyat: Negaraku Generasiku, Rahman menyentuh pembohongan Kerajaan Pulau Pinang antaranya akan kewujudan perumahan mampu milik, masalah kesesakan lalu-lintas, pencemaran alam sekitar, isu jual tanah dan pelbagai isu-isu lain.
“Tidak serikkah lagi? Mahu beri lima tahun lagi?
"Berilah kami peluang, dan kami akan memberikan kerajaan yang terbaik untuk anda

https://youtu.be/G_X06fvs1mk


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.