..

..

ARTIS AKUI CARA CAKAP DAVID TEO MELAMPAU BATAS

on Thursday, May 18, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments






"Dia ingat dia bercakap dengan budak 'production' agaknya".

Itu reaksi yang dikatakan oleh pengarah filem, Mamat Khalid ketika ditanya tindakan pemilik syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) Datuk David Teo yang dianggap 'tidak beradap' ketika bercakap di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"David memang diketahui cara bercakapnya yang kuat dan lantang, tetapi kali ini beliau dianggap melampaui batas.

“Dengan sesiapa pun dalam industri begitulah cara dia cakap, begitu lantang.

“Jadi apabila berada dalam satu forum bersama dengan perdana menteri, saya rasa kelantangan itu dia tak tahu nak ‘control’. Dia masih ingat dia bercakap dengan budak ‘production’ agaknya,” katanya dipetik Astro AWANI.

Bercakap mengenai Mat Over secara peribadi, Mamat Khalid berkata pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang berasap dari Terengganu itu bukanlah seorang yang bengis tetapi sangat bersopan santun.

Malah, beliau sendiri tidak menjangkakan Mat Over akan bertindak sedemikian.

“Bersembang dengan kita pun tak bertentang mata, punya lembut Mat Over ini.

“Maklumlah bukan selalu ada ‘open talk’ pasal industri dengan pemimpin negara, mungkin dia tak mampu nak kawal lagi kesabaran dia.”

Pada Rabu malam, pelakon Sulaiman Yassin, atau lebih dikenali sebagai Mat Over bertindak menampar muka David, kerana merasakan tindakan David yang 'kurang ajar' ketika program Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni (Budayawan) di Seri Perdana.

Kejadian berlaku ketika David cuba bertanyakan soalan pada sesi program dialog tersebut.

David dilihat bertegas mahu bertanya kepada moderator dialog iaitu pelakon Datuk Rosyam Nor namun tidak diendahkan. Ketika itulah kelibat Mat Over kelihatan dari belakang pentas menuju ke arah David lalu menamparnya.

Sengketa mereka tidak berpanjangan apabila David dan Mat Over dilihat bersalaman dan berdamai seketika kemudian.

"Saya turut minta maaf dengan Datuk Seri Najib. Saya beritahu dia yang saya tidak suka individu yang gagal menunjukkan rasa hormat terhadap perdana menteri," katanya.-18/5/2017


4 Responses

  1. imran says:

    DAVID MEMANG HARAMJADAH....MAT OVER PATUT BUBUH PENERAJANG JA...

  2. Anonymous says:

    knp nak terjerit2 ini bkn nya pasar.. org nak bw berbincang bkn nak tunjuk sapa lbh hebat..

  3. Anonymous says:

    Si musibat Mat Kental gi sepak orang apasal??

    Nak tunjok bodek Lanun Bugis!!

    David Teo gi buat laporan biar si musibat tu masok penjara!!

  4. Anonymous says:

    Lapor polis pun yg salah tetap David sebab perangai dia yg over tu memprovoke Mat untuk bertindak demikian. Orang yg biadap dan kurang ajar perlu diajar. Itu je ubatnya supaya dia sedar diri sikit. Kerana mulut badan binasa, kau tau itu anon 1254.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.