..

..

ADAKAH PELAJAR INI DIRACUN ATAU BUNUH DIRI ?

on Thursday, May 4, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





Kecoh di media arus perdana,  media sosial pro pembangkang dan pertubuhan NGO yang mendakwa kononnya pelajar lelaki disebuah sekolah di Nilai, Pravin a/l Selvaraja yang mati kerana dipaksa meminum racun oleh sekumpulan pelajar yang ditegurnya kerana menghidu gam.

Ada yang mengatakan kumpulan pelajar tersebut adalah dari kumpulan gangster remaja India dan ada juga yang mendakwa kumpulan pelajar tersebut adalah dari rakan sekolahnya yang sudah lama berdendam dengan sikap dan tingkahlaku Pravin yang dilihat terlalu agresif di sekolah dan dalam kehidupan sehariannya.

Namun begitu, apa yang paling mendukacitakan terdapat juga tuduhan liar dengan cuba membangkitkan isu sensitif dan perkauman atas insiden yang berlaku di Nilai itu. Sekumpulan netizen yang tidak bertanggungjawab ini mendakwa si mati dipaksa meminum racun oleh sekumpulan pelajar Melayu yang datang dari sekitar Nilai untuk mengambil tindakan ke atas kelakuan Pravin yang dikatakan terlalu agresif itu.

Apa yang ingin dijelaskan di sini, berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai dari beberapa sumber mendapati kematian Pravin adalah berpunca dari hubungan “CINTA TAK BERBALAS” dari seorang pelajar wanita.


Tuduhan liar yang mengatakan bahawa mendiang mati kerana dipaksa meminum racun dan beberapa lagi dakwaan serta tuduhan yang tidak masuk akal melibatkan isu ini adalah tidak benar dan tidak berasas.

Jika tuduhan palsu sebegini tidak dibendung ianya akan mengeruhkan lagi keadaan dan mengganggu siasatan. Isu ini juga tidak sepatutnya diperbesarkan kerana kematian Pravin merupakan masalah peribadi yang dihadapi oleh dirinya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana individu dan kumpulan gangster sebagaimana yang didakwa.

Beberapa berita dan dakwaan palsu yang sehingga mencetuskan pelbagai pandangan negatif terhadap isu kematian tersebut adalah amat dikeji dan dianggap sebagai sebuah laporan yang tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan keresahan rakyat dan keresahan kepada penduduk setempat. Apatah lagi isu ini juga cuba menyentuh sensitiviti kaum dan dilihat ada cubaan sesetangah pihak yang tidak bertanggungjawab untuk  melaga-lagakan antara kaum India dan Melayu di Nilai dan kawasan sekitarnya.

Bagi mempercepatkan proses siasatan dan meredakan keadaan, para ahli keluar terdekat dan rakan-rakan kepada mendiang sepatutnya bertenang, tidak cepat melatah dan tidak memperbesarkan isu ini kerana siasatan dari pihak polis semestinya sedang dijalankan untuk mendapatkan bukti kukuh bagi mengenalpasti punca kematian yang sebenar.

Malah kerjasama dari pihak ahli keluarga dan saksi yang mempunyai bukti dan pengetahuan mengenai insiden ini diharap dapat tampil untuk memberi keterangan atau menyerahkan barang bukti yang ada kepada pihak polis bagi memudahkan kelancaran siasatan.

Diharap penduduk di sekitar Nilai dan rakyat Malaysia tidak mudah terpengaruh dengan berita palsu dan penyebaran maklumat palsu ini, kerana segala tuduhan tersebut adalah amat dangkal dan dianggap cuba menyentuh sensitiviti kaum yang hidup aman damai di Malaysia. Biarlah pihak berwajib sahaja yang menjalankan siasatan ke atas kes tersebut seterusnya menghadapkan mereka yang terlibat ke muka pengadilan.




2 Responses

  1. Anonymous says:

    Jangan mudah percaya kpd berita alam maya. Bnyk fitnahnya.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.